Tuesday, January 21, 2014

CARA MENJIMATKAN BIL ELEKTRIK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tarif elektrik dah naik? Nak tau cara untuk menjimatkan bil elektrik bulanan? Senang je... Tukarlah lampu di rumah dengan lampu LED atau nama panjangnya Light Emitting Diode

Sebenarnya aku dah buat ujikaji sendiri kat rumah aku, dan nyatalah bil elektrik aku berkurangan. Biasanya setiap bulan bil elektrik akan menjangkau RM 40 - 50 sebulan. Bagi bulan Januari ni, bil elektrik aku hanya RM 30.00 ++

Sila klik untuk tumbesaran sempurna

Ini baru je aku tukar 4 mentol di ruang tamu sebab ruang ini yang biasa dibuka lampunya setiap hari. Kalau tukar 1 rumah, mahunya lagi jimat. Betul tak?




Buat masa ni aku baru menggunakan lampu LED cap ayam. Murah je. Kalau betullah ujikaji ini berjaya mengurangkan bil elektrik, lepas ni dah boleh beli lampu LED yang baik sikit.

Harga lampu LED yang baik ni bukannya murah. 1 mentol boleh cecah hingga RM 25.00. Lihat jugalah berapa watt dan jenamanya. Tu hari nampak di pasaraya Mydin, sebiji LED downlight jenama Phillip harganya RM 49.90. Perghh...

Tapi tak mengapalah.. Selain ianya tahan lama, ia juga menjimatkan. Lagi satu ianya adalah salah satu daripada Teknologi Hijau.

Lagi satu.., kalau ada duit terlebih-lebih tu, bolehlah gunakan panel solar.

6 comments:

  1. Kalau mahal, tapi blh menjimatkan letrik, apa salah nya melabur kan.

    ReplyDelete
  2. Abg juga dah tukar lampu jimat tenaga sejak awal tahun lepas, cuma bukan jenis Led. Lampu ruang tamu, dapur, bilik mandi dan stor, bilik lain belum lagi sebab belum kesempatan.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...