Monday, January 20, 2014

AKULAH YANG GAGAL


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Oktober 2011... Pada masa itulah aku mula berhenti merokok yang menjangkau hingga 1 tahun lebih, lihat entri INI. Rasanya kalau sudah berhenti merokok dalam tempoh 1 tahun lebih, elok berhenti teruskan.. Namun, apakan daya.., dari sekadar mencuba-cuba sebatang dua, kini aku terus aktif merokok. Dah setahun lebih juga aku kembali merokok. Arrggghh!! Kecewa dengan diri sendiri. Amat kecewa.

Kini aku kembali nak mula berhenti merokok. Buat masa ni, sudah 3 hari aku berhenti merokok. Inipun bersebab. Badan tidak sihat. Batuk-batuk macam nak tercabut dada. 

Semoga aku kembali dapat menghirup udara yang segar...


Sumber gambar >KLIK<
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Mahu berhenti merokok?

10 comments:

  1. nak try minuman yg boleh merangsang mengurangkan pengambilan rokok? bole pm sya 012.290.5677...

    ReplyDelete
  2. Sayang nya Fai dah berhenti hisap balik. Sorry to say la tapi memang kau gagal. Memang kau rugi. Rugi sangat. Kalau setakat tak makan nasi setahun lepas tu makan balik, itu tak kira rugi. Tapi kau memang rugi. Sayang betul.

    ReplyDelete
  3. perlahan-lahan cuba pasti boleh berhenti uncle :)

    ReplyDelete
  4. Harapnya azam kali ini berjaya ya.. kena kuatkan hati & azam kot.. kena tahan godaan merokok...hehe
    sy dah putus asa nak nasihat husband sy berhenti merokok jugak jgk. semua nasihat tak jalan...:(

    ReplyDelete
  5. setiap kali rasa nak hisap rokok tu, gantikan dengan hacks atau any sweets =)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.