Tuesday, December 31, 2013

MILO OH MILO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Rasanya sudah terlalu lama aku tak terbitkan entri berkaitan hobi mengumpul barangan MILO. Sekarang berbelanja kena berpada-pada. Membeli yang perlu saja. Kalau tak perlu sangat boleh fikir 2,3, kali sebelum membeli.

Baru-baru ni, aku dpat menambah 2 buah koleksi MILO. Barang yang pertama ialah cawan plastik MILO 3 in 1.



Cawan MILO ni aku beli melalui Facebook di Kumpulan Nescafe / Milo. Harganya pun bukannya mahal sangat, bolehlah kiranya aku ambil sebuah untuk memperbanyakkan koleksi MILO aku. Lagipun memang dah lama sangat aku tak membeli.

Sebuah lagi barangan MILO yang baru aku perolehi ialah botol air MILO. 


Botol air ni aku perolehi hasil daripada pembelian produk MILO NUGGETS. Sebenarnya agak lama juga aku mencarinya di pasaraya-pasaraya namun gagal menemuinya. Akhirnya, aku menemuinya di pasaraya Mydin. Apa lagi, pucuk dicita, ulam mendatang, terus saja aku membelinya. 

Ini saja cerita MILO aku pada kali ni. Tak taulah bila lagi nak cerita pasal MILO. Kalau ada membeli, adalah ceritanya. 

Sekian.. :)

12 comments:

  1. barang2 lain xde bro? yang rare2 skit.. kalo ada lagi mantap... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. BARANG MILO JE.. YANG LAIN ADELAH SIKIT-SIKIT..

      Delete
  2. Membeli berpada-pada, tapi kalau dah nampak benda kita minat, lagi² benda rare, memang otak ligat aje mencongak boleh tolak sana tambah sini nak cari fund. Kan? Kan? Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YANG PENTING SEKRANG, SAYA TAK TERTINGGAL FREE GIFT YANG TERBRU DALAM PASARAN..

      Delete
  3. bang, masa kat Japan tak jumpa apa2 produk milo pon. tu yang tak beli huhu
    masuk 7E sana pon tak jumpa milo gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. DULU SEDARA SAYA ADA PERGI.. TAPI DIA BELIKAN MILO PEK PUNYA BUKAN TIN.. :)

      Delete
  4. wah..bagus juga ada hobi begini ni kan? koleksi sepanjang zaman tu...
    cantik botol air tu...suka..:)

    ReplyDelete
  5. memang lama jugak tak up entri pasal milo ni. memang biasa kan, collector akan beli dua. satu untuk simpan, satu untuk pakai.

    ReplyDelete
  6. Rajin betul bro kumpul barangan cenderahati Milo ni. Hehe :-)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...