Monday, December 23, 2013

KITAR SEMULA : SELAMATKAN BUMI MALAYSIA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tajuk entri macam iklan kitar semula saja. Ya, memang aku nak buat iklan, tapi iklan ini tidak dibayar. Ia lahir dari kesedaran diri aku sendiri.

Marilah sama-sama kita menjaga bumi Malaysia dengan mengamalkan kitar semula. Tak susah sebenarnya, kita hanya perlu mengasing-asingkan sampah di rumah dengan kategori botol, tin, kaca, kertas dan sebagainya supaya ia memudahkan proses kitar semula dilakukan.


Rasanya sudah 3,4 bulan aku melakukan pengasingan sampah-sampah yang ada di rumah aku. Penuh 1 plastik saja,  aku letakkan bersebelahan dengan tong sampah di luar rumah. Kalau bukan kakitangan Southern Waste Management (SWM) angkut, mesti ada seorang aunty yang mengangkutnya.

Tak kisahlah siapapun yang angkutnya, janji ia bertujuan untuk dikitar semula. Apa yang penting aku sudah melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan bumi Melaka, Malaysia terus menuju ke arah negeri berteknologi hijau. 

Anda bila lagi? :)

24 comments:

  1. wah! bagusnya usaha awk ni... patut di contohi...hehe
    kat Sabah ni masih kurang tong sampah kitar semula tu....mencabar skit lah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MENCABAR ITULAH YANG BAGUS.. :)

      Delete
    2. kena sahut cabaran lah nampaknya..hehe
      singgah pagi selasa..:)

      Delete
    3. SAHUT.. JANGAN TAK SAHUT.. :)

      Delete
  2. Oh, pengalaman aku? Aku dah beria asing kan semua benda tu ikut plastik, letak di tempat tong sampah. Since tempat aku tak de tempat recycle, so aku letak di tempat orang buang sampah. Tapi at least aku dah asing kan dan dah ikat. Datang pekerja tu ambil terus campak masuk lori sampah, terus tekan masuk ke dalam.

    Hek eleh, what the..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DI MELAKA SUDAH ADA DASAR.. BAGI SAMPAH BIASA ADA HARI-HARI YANG DIPUNGUT, BEGITULAH JUGA DENGAN SAMPAH KITAR SEMULA..

      Delete
  3. jom jom jom..selamatkan bumi malaysia :)

    isi dua tabung inti dan satu transitions :)

    ReplyDelete
  4. Botol kicap tu, mcm ade kicap lagi je? Heheheh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. MEMANG ADA SIKIT LAGI.. DAH TAK ELOK.

      Delete
  5. ermmm ermmm jarang buat... kalo ada pon newspaper jek...

    ReplyDelete
  6. saya pun buat perkara yang sama..

    ReplyDelete
  7. bagus, perlu ramai lagi rakyat macam ni. (ko bila lagi ha botak?)

    bila tengok botak banyak2 ni, ada tak timbul idea nak hasilkan sesuatu yang kreatif?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HANYA TUTUP BOTOL SAJA DI SIMPAN.. LIHAT DI DALAM GAMBAR, BOTOL ADE, TUTUPNYA TAKDE.. :)

      Delete
  8. kat rumah saya ni, adik2 yang rajin nak asingkan untuk recycle. yang kakaknya maleh. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. AKAKNYA KENALAH BUAT-BUAT RAJIN LEPAS NI.. :D

      Delete
  9. amalan yang patut diamalkan.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PATUT DIAMAALKAN OLEH SEMUA WARGA MALAYSIA.. :)

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...