Saturday, November 16, 2013

MENCEBURI DUNIA PERNIAGAAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Menceburi dunia perniagaan bermaksud kita bersedia menanggung kerugian, tetapi siapa yang mahu rugi dalam perniagaan kan? Aku dan isteri yang baru membuka Butik Chenta Creative amat memahami situasi ini.

Dalam seminggu Butik Chenta Creative dibuka, pelbagai bentuk promosi sedang kami jalankan baik di Facebook, banner, flyers dan juga kad diskaun keahlian. Insha Allah, mungkin dalam hujung bulan ini, kami akan membuat sedikit majlis pembukaan bagi memberitahu 'kewujudan' Butik Chenta Creative.

Harapan aku, dengan segala daya usaha yang dijalankan ini, dapat membantu mempromosikan Butik Chenta Creative.




Secara peribadinya, aku takut kegagalan. Aku takut perniagaan ini terhenti pada suatu masa nanti. Walaupun aku takut gagal, aku dan isteri tetap mahu mencuba membuka butik ini. Bak kata orang belum cuba, belum tahu. Kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya. Insha Allah, buat ketika ini, motivasi untuk berjaya amatlah tinggi. 

Apa yang perlu aku lakukan selepas ini ialah terus berusaha dan memotivasikan diri. Selain itu, aku turut dahagakan sokongan dari semua termasuk keluarga, sedara mara dan sahabat handai serta tak lupa juga rakan-rakan bloggers. 

Terima kasih semua...


16 comments:

  1. semoga berjaya bang
    insyaAllah nanti saya singgah
    tapi saya tak reti pakai tudung tingkat2 tu hehe. tudung bawal ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUKAN TUDUNG JE DIK.. BAJU, JUBAH, SKIRT, MACAM2 ADA.. :)

      Delete
  2. Terus Berusaha! semuanya perlu di KEJAr, untuk menambah JAYA, dan semuanya perlu perlahAN, dari bawah... maka lengkaplah KEJAYAAN!

    ReplyDelete
  3. deno doakan kejayaan bro fairus dan smeoga bisnes akan terus berkembang.. insyaallah... :)

    btw, deno baru bc komen bro fairus :) kalau bro nak tempah bblog dengan deno boleh.. bayaran melalui bank sahaja.. apa2 bro boleh mesej kat fbpage deno (Blog DayangDeno) atau email ke pinky_deeno@yahoo.com ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK DENO.. APE2 HAL SAYA ROGER NANTI..

      Delete
  4. in shaa Allah bole tu..all the best ya :)

    ReplyDelete
  5. selamat maju jaya bro.. dgn perniagaan yg diceburi :)
    semoga dimurahkan rezeki amin :)

    ReplyDelete
  6. Jangan berhenti berusaha.... semoga perniagaan bertambah maju..insyaAllah :)

    ReplyDelete
  7. Biasalah tu. Dunia perniagaan banyak cabarannya. Smoga berjaya.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...