Friday, October 25, 2013

NIZAR DAH BALIK.. YEAY!! YEAY!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Alkisahnya, malam semalam anak buah aku Nizar balik dari Manchester setelah tamat pertandingan Manchester United Soccer School World Skill FinalSeperti yang aku sudah beritahu tempoh hari, dia mendapat di kalangan 10 yang terbaik

Aku dan adik beradik serta anak-anak buah bertolak dari Melaka selepas Margrib menuju ke KLIA. Di sana bukan kami saja yang ada, turut sama ialah wartawan TV3 dan wakil-wakil sponsor (TM). Kalau siapa perasan, Buletin Utama ada memaparkan berita kepulangan dia sebentar tadi. Huh.. muka aku tak masuk frame pulak!! :p 

Dah lah.. Layan ajelah beberapa gambar ni...

Nizar dan Evra ketika di Manchester
Aku kat KLIA.. Tak tipu...
Bendera Melaka berkibar di KLIA
Bersama plug yang diterimanya..
Hehehe... Nak jugak!!

27 comments:

  1. wah seronok bro fairus dapat jumpa anak buah... dari manscahster pula tu... semoga next time boleh jadi pemain bola sepak profesional negara :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HARAPAN SAYA DIA DAPAT MAIN HARIMAU MUDA SUATU HARI NANTI..

      Delete
  2. tipu la. gambar kau kat KLIA tu nampak macam 10 tahun yang lepas punya.

    ReplyDelete
  3. mesti rasa seronok tu kan..tahniah sekali lagi buat nizar :)

    p/s isi tabung guess dan nestle kat sini :)

    ReplyDelete
  4. kebetulan mlm td mkn kat kedai sambil tonton berita diTv, ..nampak Nizar terus aku kata "tu lah anak buah fairus blogger" ..hebat dia kan kata mamaD mengiayakn..

    p/s ..Tahniah dari kami, turut berbangga dgn pencapaiannya.

    ReplyDelete
  5. tercari gak brader fairus..haha memang tak nampak dlm berita tu.. :))

    ReplyDelete
  6. eeh pak sedara dia yg lebih ni.. hehehe tahniah sekali lg nizar

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEHE.. MEMANGLAH.. SANGAT TERUNA.., EH TERUJA.. :)

      Delete
  7. jaoh perjalanan luas pengalaman... dia ada bawak balik awek mat saleh tak?

    ReplyDelete
  8. sekali aku meremang bulu roma baca entry ni sebab teruja..tahniah pada nizar dan ko juga bro....tak tengok pula berita semalam..hehe

    p/s : ingat aku lagi ke bro? hehehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. APE TAK KENAL PULAK.. KAU JE DAH LAME TAK UPDATE BLOG..

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.