Saturday, October 5, 2013

BENTUK HUKUMAN DI SEKOLAH : WAJAR ATAU TIDAK?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Masa di sekolah rendah dan menengah dulu, denda merupakan suatu yang biasa bagi aku. Iyalah, aku ni pun bukannya baik sangat, mangkau (bahasa Melaka) jugak. Setakat kena rotan, kena gunting misai, sideburn, memang biasa dah.

Dulu, kalau nak mengadu dengan mak bapa pasal kena denda, memang tak lah. Silap-silap lagi kena tambah dengan mak bapa. 

Gambar sekadar hiasan. Rujukan gambar KLIK

Baru-baru ni, aku ada terbaca larangan kepada guru-guru sekolah mengenakan denda kepada murid-murid bagi denda-denda yang berikut :

HUKUMAN TERHADAP FIZIKAL

1. Berdiri lama di tengah panas
2. Lari keliling padang
3. Berdiri lama dalam / luar bilik darjah
4. Memukul diri sendiri / sesama sendiri
5. Berdiri di atas kerusi / meja
6. Menarik rambut / telinga
7. Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
8. Junjung kerusi atau buku
9. Cubit
10. Enjut / ketuk ketampi
11. Ketuk / sekel kepala

HUKUMAN TERHADAP MENTAL DAN EMOSI

1. Gunting rambut
2. Berdiri membuat latihan
3. Berleter
4. Gantung tulisan di badan
5. Memalukan dikhalayak ramai
6. Kelas tahanan pada waktu rehat
7. Memaki hamun
8. Conteng muka dengan kapur
9. Koyak buku latihan
10. Mengugut atau mengertak murid
11. Tidak menanda buku latihan
12. Tidak menghiraukan murid

Aku tak pastilah kewajaran larangan denda-denda tersebut tidak dipraktikan lagi di sekolah. Dulu ramai yang tak kisah, tapi sekarang ramai yang ambil kisah. Sama ada memanjakan anak atau memang tak mahu anak didenda oleh guru.

Pada peribadi aku sendiri, aku agak tidak kisah sekiranya anak aku didenda sedemikian rupa oleh guru. Kalau betul dia bersalah, terpulang pada cikgu untuk menghukumnya. Namun, dalam mengenakan denda, perlulah dengan niat untuk mengajar dan tidak sampai mengalami kecederaan.

Bagi aku, hukuman adalah pengajaran supaya seseorang murid tidak melakukan kesalahan yang sama sekali lagi. Apabila mengenangkan denda-denda yang pernah aku kena dahulu, sama sekali aku tidak menyimpan dendam kepada guru-guru. Malahan aku terfikir, sekiranya aku tidak didenda, mungkin aku akan jadi lebih malas dan bermasalah. 

Mengenangkan kesalahan-kesalahan yang lalu, iya, memang benar setiap denda merupakan hukuman kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan baik dari segi pelajaran mahupun disiplin. Jadi, tidak salahlah hukuman itu dikenakan terhadap aku kerana keingkaran yang dilakukan.

Namun, melihat pada bentuk-bentuk hukuman di atas, aku lihat ada yang masih boleh dikekalkan dan ada yang memang patut dihapuskan. Sebenarnya tak semua perlu dimansuhkan.

Pendapat korang pula macam mana?

14 comments:

  1. Kalau la bapak aku dulu macam mak bapak zaman sekarang, confirm cikgu aku dah kena saman sebab tempeleng aku sampai berdarah bibir. Tapi bila difikir balik, cikgu tu patut bagi flying kick sekali. Baru padan dengan kesalahan.

    Apa yang aku nampak, makin maju masyarakat, makin terpelajar mak bapak, makin singkat pulak pemikiran KEBANYAKAN mereka ni. Tak fikir untuk jangka masa panjang. Mana mungkin ada cikgu yang menghukum sama macam penjenayah tegar kan? Selain daripada atas tujuan mendidik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KALAU DULU KAU SAMAN CIKGU TU, MUNGKIN SEKARANG KAU DAH KAYA.. :)

      Delete
  2. Bagi deno mcm rotan dah okey kot... huhu... zaman deno sekolah, mcm2 denda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. INGAT DULU,BILA NAK TAU KENA ROTAN PASAL TAK SIAPKAN KERJA RUMAH, DAH STANDBY AWAL-AWAL, TARUK BUKU DI PUNGGUNG AGAR TAK RASA SAKIT.. RUPANYA CIKGU DAH TAHU TEKTIK KITORANG, KENA JUGA KELUARKAN BUKU TU..

      Delete
  3. setiap hukuman ada baik dan buruk kerana ini terpulang cara penerimaan si kena hukum.

    Kalau dia reda semuanya ok but kalau sebaliknya dia mungkin jadi lagi ganas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MUNGKIN JUGA DIA AKAN MENJADI GANAS, TAPI PADA SUATU HARI NANTI PASTINYA DIA AKAN TERSEDAR..

      Delete
  4. lari skiling padang, jalan itik, kena tampaq, rotan tu dah biasa.. smpai kena paksa junjung quran pun ada.. tapi itulah pengalaman yg mendewasakan saya utk jd seorg manusia.. tima kasih cikgu2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JALAN ITIK... AKU PERNAH KENA DENDA NI.. JALAN ITIK SAMBIL HAFAL DOA QUNUT MASA SEKOLAH RENDAH.. KELILING BLOK SEKOLAH.. PERGH..

      Delete
  5. Public canning masih ada lagi tak sekarang ni?

    Masa aku sekolah menengah dulu ada lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAMALAH.. MASA AKU SEKOLAH DULUPUN ADA..

      Delete
  6. sukar mahu menjawab bab ini...kerana yang buat peraturan nie bukan guru...kalau dia guru pasti dia tahu keadaan sebenar

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...