Friday, October 4, 2013

BENGKEL SULAMAN MANIK DIRAJA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah, semalam (3 Oktober 2013) aku, bos dan kakitangan-kakitangan muzium telah berjaya mengadakan sebuah program iaitu Bengkel Sulaman Manik DiRaja di Muzium Istana Kesultanan Melaka. 

Bengkel yang dijalankan selama 1 hari ni, nampaknya telah berjaya memupuk minat ibu-ibu dan para pelajar sekolah untuk belajar dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidangan jahitan manik.

Rata-rata ramai yang sukakan bengkel sebegini dan ada yang mahukan ianya dibuat lagi. Sejurus aku menempelkan gambar bengkel ini di Facebook, ada yang bertanya, mengapa tak dijemput dia. Sememangnya ramai yang berminat dalam bengkel sebegini. Harapan, agar tahun depan ada lagi peruntukan yang disalurkan untuk membuat bengkel sebegini lagi.

Bengkel Sulaman Manik DiRaja

Baju kakak yang menjahit ni pun cantik..

Pandai budak sekolah ni menjahit..

Bekerjasama dan saling tolong menolong..

Masing-masing tekun.. Waktu makan tengah hari dah sampai pun masih nak menjahit lagi

Ketelitian diutamakan..

Nak juga! Erm...

Catch me if you can.. :)

18 comments:

  1. kena dengan orang yang sabar dan teliti ni. kalau aku buat separuh jalan dah tinggal kot. hahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MEMANG KENA BANYAK BERSABAR DAN KETELITIAN..

      Delete
  2. aduii kalau yg mata rabun bertambah rabun ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA HIGHWAY.. YANG PENTING MINAT :)

      Delete
  3. erm, anak buah sy pandai buat benda2 ni.. tp sy memang tak pandai la ..

    ReplyDelete
  4. wah macam macam aktiviti di muzium ya. Syabas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MEMANG BAYAK PROGRAM BANG.. LARAT TAK LARAT JE NAK BUAT..

      Delete
  5. jap. gambar mamat ensem sangat tu sebenarnya dalam backdrop atau luar backdrop?

    ReplyDelete
    Replies
    1. LUAR BACKDROP.. MANA ADA ENSEM...

      Delete
    2. alololoo.. tiba² rendah pulak diri tu ye?

      hahahahah

      Delete
    3. HIDUP KENA IKUT RESMI PADI.. :)

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.