Thursday, October 3, 2013

APABILA ANAK TIDAK MEMBERI BANTUAN KEPADA IBU BAPA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Baru-baru ni aku ada terbaca suatu kenyataan di Utusan Online yang tertulis :

"Mengikut kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) kira-kira 26 peratus atau 63,000 warga emas di negara ini tidak pernah diberi bantuan kewangan oleh anak mereka manakala 27 peratus lagi menerima sesekali dalam tempoh beberapa bulan sementara 36 peratus menerima bantuan setiap bulan"

Kalau beginilah statistiknya, memang agak mendukacitakan. Mengapa kita agak sukar sangat untuk membantu ibu bapa? Kalau dahulu, ibu bapa zaman dahulu kebanyakkannya mempunyai ramai anak, jangan kata 5,6 orang anak sahaja, bahkan ada sampai berbelas. Namun kesemua anak-anaknya dapat dibesarkan dengan sempurna.

Kini, kita yang mempunyai 2 orang ibu bapa pun agar sukar untuk menjaganya. Bukan ramai pun, seorang ibu dan seorang bapa. Adakah kita mahu menunggu sehingga kedua ibu bapa kita tiada baru nak menyesal kerana tidak banyak yang kita dapat membantu pada ibu bapa kita? Tepuk dada tanya selera.. 

Sebenarnya kita tidak akan jatuh miskin kalau membantu ibu bapa kita. Insha Allah, rezeki dari Allah sentiasa ada berkat kita membantu kedua ibu bapa. 


*****

Sekali teringat pada suatu dahulu, emak aku pembuat kuih, abah pula menjual kuih di depan kilang. Tiap-tiap hari memang banyak kuih-muih yang mak buat sehingga peralatan dan perkakasan yang sudah digunakan untuk membuat kuih penuh dalam satu bilik air tunggu dibasuh.

Dan itulah kerja aku setiap hari apabila balik ke sekolah, membasuh segala perkakasan dan peralatan membuat kuih. Tiap-tiap hari juga aku terima upah RM1.00 dari emak selepas siap membasuhnya. Walaupun dulu aku nak taknak saja membuatnya, tapi dah memang tugasan yang wajib aku lakukan setiap hari.

Amat nostalgia apabila mengingatnya semula... :'(

14 comments:

  1. hmm teringat kata2 ni : mak bapak boleh jaga 10 org anak..tapi seorang anak xmampu nak jaga mak bapak.. huhuhu

    bila dah masuk alam dewasa ni..dah bekerja dan menanggung perbelanjaan adik2 yg masih belajar... baru la sedar betapa peritnya nak cari duit.. automatik teringat masa kecil sehingga habis belajar... tersangat banyak pengorbanan mak ayah yg bersusah payah besarkan 9 org anak ni dgn gaji yg sedikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TU LA.. KALAU AWAK DAH KAHWIN, AWAK PUN AKAN TAHU BETAPA BESARNYA PENGORBANAN MAK BAPAK..

      Delete
  2. Bapa abg pun kerja tukang kebun, pun dapat membesarkan anak2.

    ReplyDelete
  3. ya allah.... semoga kita dijauhkan seperti sifat mcm tu.... bila teringat perngorbanan ma abah, mudah air mata ni nak mengalir.. banyak sungguh pengorbanan mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. DISAAT SAYA RINDUKAN IBU BAPA, SAYA AKAN BALIK KE RUMAH MEREKA..

      Delete
    2. KEDUANYA MASIH ADA.. ABAH 79 TAHUN, EMAK 69 TAHUN..

      Delete
  4. Ibu bapa penting bagi wa.. Mereka tak mengeluh pon bila lahirkan kita.. bela kita sampai besar.. Wa sebagai seorang ayah.. Wa dah memahami apa itu mengorbanan seorang ibu bapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAMALAH.. IBU BAPA MEMANG SANGAT PENTING BAGI DIRI SAYA..

      Delete
  5. aku dulu masa sekolah rendah jual aiskrim sebatang 10sen. ada aiskrim MILO, asam boy dgn sirap. kakak-kakak pulak jual nasi lemak.

    memang nostalgia.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.