Sunday, September 22, 2013

TIPIKAL MALAYSIA (TYPICAL MALAYSIAN)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Tipikal Malaysia ni tak dapat dipastikan samaada ianya ada di negara-negara lain atau di negara kita saja. Kalau betul-betul orang Malaysia mesti tahu dua jenis situasi ini, tak pastilah orang 'luar' akan faham atau tidak :

Situasi 1

Sebuah kenderaan terhenti di tepi atau di jalan raya, di belakang kenderaan yang terhenti itu diletakkan daun-daun pokok sama ada diletakkan di bonet belakang atau 2,3 meter dari belakang kenderaan tersebut.

Situasi 2

Sebuah atau beberapa kenderaan yang terletak di tepi-tepi jalan ataupun parkir diletakkan di atas bumbungnya botol minyak hitam.

Ha.. Kalau korang betul-betul orang Malaysia, mesti tahu akan kedua-dua situasi di atas. So, apa jawapannya? 

24 comments:

  1. Replies
    1. NO. 1 : KERETA ROSAK

      NO. 2 : NAK JUAL KERETA

      :)

      Delete
  2. kalau xsalah saya laa..

    situasi 1: kereta rosak.

    situasi 2: nak jual kereta tu kan..kan..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. BARANGKALI DI SABAH TIDAK BUAT BEGINI.. :)

      Delete
  4. yang belakangnya ada daun pokok aku tak pernah jumpa. eh, tak terbang ke daun-daun tu nanti?


    kalau yang ada tong minyak tu, siapa ntah cakap dengan aku, itu tandanya kereta tu nak dijual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YANG LETAK DAUN TU, BUKAN SEHELAI DUA DAUN, TETAPI SEDAHAN POKOK.. :)

      Delete
    2. oo sedahan pokok. oo ok faham.

      eh jap baru perasan. kereta apa bonet di belakang?

      Delete
    3. BONET DEPAN ERK? BELAKANG TU APE?

      Delete
    4. setahu aku bonet tu tempat enjin kereta. tempat letak barang is boot.

      Delete
    5. OOO YE KE? BIASA PANGGIL BONET DEPAN. BONET BELAKANG JE..

      Delete
    6. yup. typical malaysian la tu. hehe

      Delete
  5. terbaca jawapan orang lain...nanti di kata meniru plak..saya ikut sama macam dorang je...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KALAU DAH TIRU TU, KIRA BETULLAH.. :D

      Delete
  6. situasai 2 tu bukan ke kereta tu nak dijual? hihi.. situasai 1 tu mcm tak pasti pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BOLEH SEMAK JAWAPAN YANG BETUL DI ATAS.. :)

      Delete
  7. kereta rosak dan kereta utk d jual 2nd hand ..*biasa tanyakan pd pcl lama dulu nasib otak ni blh ingat lg..ya memang tipikal malaysia kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAK PAYAH BAGI TANYA PCL PUN TAKPE.. :)

      Delete
  8. kenderaan rosak dan untuk di jual, ha ha ha!

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...