Tuesday, September 24, 2013

PANASNYA HARI INI

Panasnya hari ini,
mungkinkah hujan esok hari,
atau mungkin tak berpenghujung,
mana mungkin...

Terik mentari memanah kulit nan sawo matang,
hangat, pijar, mendedar tubuh,
lalu menyelinap di balik bayang,
mengharap redup,
ihsan si pohon Melaka,
setulus ikhlas mahligai istana.

Panas di sini tak sama dengan di sana,
di sana Maha dahsyat,
di sini kita mengeluh,
perlu juga bersyukur
setiap kejadian atas kehendak-Nya.

F.B. Mamat
24 September 2013
Bandar Hilir

21 comments:

  1. Replies
    1. YE.. INGAT NAK HUJAN, TAPI TAK HUJAN JUGAK..

      Delete
    2. pagi tadi hujan kejap. kejap aje. tapi Alhamdulillah dari tak hujan langsung.

      Delete
  2. cuaca kat sabah pun akhir akhir ni agak panas..

    ReplyDelete
  3. tp arini sya rasa sejuk jer dr pg... ;)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, rasa sejuk di dalam rumah, menandakan cuaca di luar pon tidak sepanas apa yang awak katakan. Kalau cuaca panas di luar, dalam rumah pon boleh jadi panas (tapi taklah sepanas).

    Eh, faham ke. Ayat tunggang-langgang.

    ReplyDelete
  5. Puisi pulak. hehehe. is puisi part of the cabang seni. it is right?

    ReplyDelete
  6. Masih tak dapat lawan kepanasan hati uncle akibat kenaikan harga petrol hari tu! Huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PUN TAK LEH LAWAN BILA HATERS KUTUK MASA MAN. UTD. KALAH DENGAN MAN. CITY.. :(

      Delete
    2. alamak, bila man utd kalah memang ramai tunggu nak bahan. kalau team lain kurang pulak. team power memang ramai haters bro...

      Delete
  7. di Sabah khasnya di Tawau mengharapkan kepanasan..kami mahu bersukan...huhuhu...asyik hujan je...bikin risau dengan keadaan padang

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.