Friday, August 16, 2013

MANCHESTER UNITED MENANDATANGANI 'RAMLI'?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Bapa saudara mana yang tak bangga apabila anak buahnya menjadi 'seseorang' yang berjaya dalam  kariernya. Begitu juga aku, amat berbangga dengan pencapaian yang dikecapi oleh anak buah aku Muhammad Nizarruddin Jazi yang kini sedang menjalankan latihan di Manchester United Soccer School (MUSS)

Baru-baru ini dia dan seorang lagi rakannya yang juga dari Malaysia (Terengganu) telah terpilih sebagai 'Star Player' pada hari ke-6 latihan di MUSS. Di MUSS terdapat ramai pelajar-pelajar dari serata dunia seperti dari Jepun, Itali dan sebagainya.

Semalam terlihat pula status di Facebook kepunyaan dia di mana pada hari ini mereka ada perlawanan. Tak pasti sama ada perlawanan apa, mungkin perlawanan persahabatan. Yang hebatnya dia bakal menjadi ketua pasukan pada perlawanan tersebut. Memang tak padan dengan badan, kecil-kecil cili api!!

Harapnya dia akan terus berjaya.. Manalah tau satu hari nanti benar-benar dapat bermain untuk Manchester United. Manalah tahu kan...

Gambar-gambar dari Facebook Team Malaysia.


Semasa di Stadium Wembley, perlawanan Community Sheild baru-baru ini

3 orang rakyat Malaysia yang terpilih sebagai 'RAMLI'

Bersama rakan MUSS dari Itali

Kedua-duanya terpilih sebagai 'Star Player' pada hari ke-6 latihan di MUSS

Bukan semua orang dapat bergambar dengan piala Barclays Primier League.. Beliau sangat beruntung!

16 comments:

  1. Tahniah kepada anak buah. Saya pun tumpang bangga kepadanya juga. Bukan senang nak jumpa pemain2 international ni.

    #Selamat hari raya Aidilfitri

    ReplyDelete
    Replies
    1. SELAMAT HARI RAYA BUAT AWAK SEKELUARGA..

      Delete
  2. wahh... best tu! insyaallah satu hari nanti... good luck for him :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. DENGAR CERITA ADA BERITA BAIK DARI SANA.. TAPI TAK TAULAH APE BERITANYA.. DIA KATA NANTI BALIK MELAKA BARU DIA MAHU BERITAHU..

      Delete
  3. turut bangga, anak Malaysia...anak sedara rakan blogger plak tu.. Tahniah Nizarudin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YES.. BERBANGGALAH PCL.. SAMA-SAMALAH KITA..

      Delete
  4. Terus berusaha Adik Nizarudin, teringat hari tu dia ada bergambar makan dengan artis kan?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UNTUK MAKLUMAN, DIA AKAN KEMBALI KE TANAH AIR.. SELEPAS INI DIA AKAN KE MANCHESTER SEMULA KERANA TELAH TERPILIH UNTUK MEWAKILI MALAYSIA DALAM MUSS WORLD SKILL FINAL.. :)

      Delete
  5. tahniah la kpd karim,.harun..&..kawan-kawan... kpd mereka yg terlibat SELAMATKANLAH PADANG KAMI!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. WATAK DALAM DRAMA KE? TAK TENGOK PULAK..

      Delete
  6. ape perkembangan terbaru si ramli .. de blk tanjung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. DIA DAH BALIK.. DALAM BULAN 10 AKAN KE SANA SEMULA..

      Delete
  7. pe status anak buah awak si nizarudin terkini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BARU-BARU NI DIA BARU TAMAT MENYERTAI MAN. UNITED SOCCER SCHOOL WORLD SKILL FINAL. KINI DIA MACAM BIASA, DUK SEKOLAH SUKAN, MELAKA..

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...