Tuesday, August 20, 2013

DARI HIJAU KE MERAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Aku dan MILO seperti agak susah dijauhkan. Sudah menjadi hobi yang agak sukar dilepaskan semenjak aku mula berkecimpung di dalam dunia mengumpul barangan MILO. Bagi aku, aku adalah selayaknya dengan MILO kerana aku rasakan begitu dekat dengannya, dengan pelbagai memori dan nostalgia.

Kenangan terungkai bermula dari Van MILO yang datang ke sekolah di masa hari sukan, menggunakan peralatan menulis seperti kotak pensil, pensil, pemadam dan pembaris MILO sehinggalah botol-botol air MILO yang dibawa ke sekolah sebagai bekalan minuman.

Beberapa hari kebelakangan ini aku telah cuba-cuba untuk mempelbagaikan jenis koleksi yang aku kumpul. Aku mula berjinak-jinak dengan Coca Cola setelah mendapat pemberian percuma daripada seorang Collector juga merupakan seorang Seller.

Beg pinggang dan pelapik gelas Coca Cola

Gambar di atas ini merupakan pemberian daripada beliau. Dalam hati aku berkata, agak menarik juga untuk mengumpul barangan Coca Cola. Tetapi aku sendiri tidak pasti sejauh mana aku mampu untuk mengumpul barangan ini kerana aku amat jarang sekali minum Coca Cola ditambah lagi ketidakterujaan aku terhadap Coca Cola.

Sebelum ini juga aku hanya ada beberapa barangan Coca Cola iaitu sebuah botol dan beberapa gelas Mc Donald Coca Cola sempena Olimpik London 2012. Namun selepas itu langkah untuk mengumpul Coca Cola terhenti di situ sahaja.

Botol dan Gelas Coca Cola merupakan koleksi pertama aku

Baru-baru ni aku ada membeli sebotol Coca Cola keluaran Thailand yang aku beli di Jonker Street. Agak menarik botolnya kerana tidak besar seperti botol biasa. Kecil saja botolnya.

Coca Cola Thailand mari...
Dalam beberapa hari aku postkan gambar Coca Cola di dalam Facebook, ada pula seorang kenalan lama yang sudi memberikan sebuah kalender 2013 Coca Cola yang memaparkan gambar-gambar Marylin Monroe dengan paparan yang begitu klasik.





Sepertimana slogan 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan tetapi bagi aku MILO tetap diutamakan, COCA COLA adalah sampingan. 

20 comments:

  1. sama kita...

    milo dihatiku... eceh... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEHEHE..MINUM MILO ANDA JADI SIHAT DAN KUAT.. :)

      Delete
    2. hari2 dneo minum milo... kalau tak selera makan, mesti minum milo, kenyang juga... :)

      kalau dalam wad pun, mesti mak bawa milo sbb biasa duduk wad deno kurang makan^^

      Delete
    3. MAK SAYA JUGA MINUM MILO. :)

      Delete
  2. waduh...banyaknya hobi...apapun terbaiklah geng

    ReplyDelete
  3. wah.. coca cola plak yer.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Sikit sikit lama lama jadi bukit :)

    ReplyDelete
  5. hahaha. kalau yang tak berapa melekat di hati, memang agak susah nak jadi koleksi kan.hehehe

    ReplyDelete
  6. dulu hijau dunia ku , sekarang merah dunia ku lah ni kn haha . ok la tu coca cola tapi sy tak berapa suka sangat minuman bergas..for me lemon tea the best one hihi

    p/s : terima kasih masukkan sy dlm bloglist :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih juga kerana like fairus.com hehehe

      Delete
  7. tudia bak hang,.,, aritu berazam nak kumpui gelas coca cola tp tak mampuuuuuu lg nk komitmen...kumpui la lg 10 thn juai kat ebay hontonggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. JOM SAMA-SAMA KITA CUBA MENGUMPUL COCA COLA.. :)

      Delete
  8. Coca cola plak. Selamat mengumpul ☺☺

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.