Thursday, August 22, 2013

APABILA NESCAFE BERTEMU AIS KRIM SODA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Kalau tidak silap, pada Hari Raya Aidilfitri 4 tahun yang lepas, aku dan isteri ada pergi beraya ke rumah bos isteri aku. Rumahnya tidak jauhpun dari rumah aku, satu taman perumahan yang sama.

Sebenarnya aku masih terngiang-ngiang dalam fikiran aku perihal keenakan minuman istimewa yang dihidangkan pada ketika itu iaitu air Nescafe yang telah dicampurkan dengan Ais Krim Soda.

Gabungan mantap.. Nescafe + Ais Krim Soda = NesSoda

Aku tak pasti tekak masing-masing tetapi bagi aku, air tu memang sedap. Masih boleh diterima oleh tekak aku. Bayangkan kita sedang minum Sirap Bandung yang dicampurkan dengan Ais Krim Soda, sedap bukan?

Walaupun sudah 4 tahun lalu aku merasa air tersebut, namun baru sekarang aku mahu mencuba untuk membuat sendiri. Ternyata, rasanya menjadi, sepertimana yang aku rasa dahulu. Sudah 2,3 kali juga aku mencubanya, memang sedap. :)

Aku pasti, ramai yang sudah tahu resepi minuman ini. Namun, bagi yang tidak tahu membuatnya, di sini aku mahu kongsikan caranya..

Bahan :

Nescafe
Air Ais Krim Soda
Air Panas
Susu Pekat

Cara membuat :

(1) Masukkan 1/2 sudu serbuk Nescafe ke dalam gelas. Kemudian masukkan 1/4 air panas. 

(2) Masukkan susu pekat secukup rasa kemudian kacau sehingga susu benar-benar larut.

(3) Akhir sekali masukkan air Ais Krim Soda

* Lebih sedap diminum sejuk sama ada menggunakan air batu atau menyejukkannya di dalam peti ais. 

Hehe.. Nak kata aku pakar buat air takdelah juga... Adalah sedikit pengalaman bekerja sambilan sebagai pengacau air di kedai datuk saudara dan di kedai abang ipar aku suatu masa dahulu... :)

30 comments:

  1. uish. nak kena cuba ni.hahaha. selau rasa sirap bandung+ais krim soda je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CUBA BONI.. BELUM TRY BELUM TAU..,

      Delete
  2. kalau rebina, bandung, susu dan buah campur aiskrim soda pernah cuba, tapi kalo nescafe belum lagi.... dulu abg ada buat resepi juga dengan coca-cola ha ha ha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. RESEPI COCA COLA? LAGI DAHSYAT NI...

      Delete
  3. nescafe campur ais krim soda? tak pernah try ni. bandung soda pon jarang minum. kalau p makan kat ayam penyet je order hihi

    ReplyDelete
  4. lbh kurg mcm sirap bandung la yer.. blh try gak.. mcm menarik

    ReplyDelete
  5. oke nak cuba la wlpn rasa mcm pelik je heee

    ReplyDelete
  6. wahhh... nanti boleh cuba nih^^

    ReplyDelete
  7. Cam pelik je kalau bayangkan.....
    Nescafe + eskem soda.....
    Hurmm...

    ReplyDelete
  8. 1st time dengar. Nak try lah nnt ☺☺

    ReplyDelete
  9. Wahhh....weekend nie buat!

    ReplyDelete
  10. air bandung campur ais krim soda pernah minum, tapi campur nescafe tak pernah lagi. takde efek sakit perut ke? sebab tak biasa lagi...

    ReplyDelete
  11. wah...resepi baharu nie...akan cuba lagi...terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK.. CUBA JANGAN TAK CUBA..

      Delete
    2. buat masa nie...kena sabar...batuk...

      Delete
    3. DAH BAIK BATUK, BOLEHLAH CUBA.. :)

      Delete
  12. teringin !kena cuba sendiri baru dapat nikmatnya..campuran terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KALAU DAH TERINGIN TU, CUBALAH.. :)

      Delete
  13. salam... dneo nak inform kat fairus ni... :)

    blog deno dan bertukar domain .. http://www.dayangdeno.com/2013/08/wwwdayangdenocom.html

    ReplyDelete
  14. wahh..belum pernah try lagi..betul+ sedap ke ?

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...