Wednesday, July 10, 2013

TIPS BERJIMAT CERMAT SEMASA KE PASAR RAMADHAN @ PARAM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Bila masuk saja bulan Ramadhan, selain daripada ibadah puasa, solat terawih, solat malam, ia juga pasti dikaitkan dengan Pasar Ramadhan @ Bazar Ramadhan @ PARAM.

Apabila ke Pasar Ramadhan, sudah pasti otak ligat berfikir nak beli itu, beli ini, sehinggakan tak cukup satu tangan hendak menjinjing beg-beg plastik yang mengandungi makanan. Pelbagai makanan dibeli dari murtabak, kuih tepung pelita, ayam percik dan sebagainya. 


Gambar sekadar hiasan. Rujukan gambar : KLIK


Apa yang agak dikesalkan ialah berlakunya pembaziran. Kadangkala, makanan yang dibeli itu langsung tidak diusik. Sudah terlalu kenyang berbuka puasa dengan nasi sehingga tidak mampu untuk mengisi makanan-makanan yang lain. Kalau difikirkan, berapa besar sangatlah perut kita boleh mengisi makanan. Nafsu kita sebenarnya yang besar.

Hanya satu tips yang sememangnya sangat berguna bagi mengelakkan pembaziran apabila ke Pasar Ramadhan iaitu dengan membawa wang seminimum yang boleh. Kalau boleh bawalah hanya RM5.00 atau RM10.00 sahaja agar kita sendiri dapat mengawal perbelanjaan ketika membeli belah di PARAM.

Dengan membawa wang yang minimum, sebesar manapun nafsu kita nak beli itu, beli ini akan terbatas kerana duit yang dibawa tidak mampu membeli dengan jumlah yang banyak. Secara tidak langsung, tidak akan berlakunya pembaziran dan membeli makanan berlebih-lebihan. 

Bukankah di bulan Ramadhan ini kita diajar untuk bersederhana? Oleh itu, marilah sama-sama kita bersederhana dalam apa-apa bentuk tindakan.

Selamat beramal dan selamat berpuasa... :)

18 comments:

  1. thanks for da tips fairus :) biasanya deno jarang ke bazar.. abah biasa ke bazar :)

    ReplyDelete
  2. semalam saya pergi bazar dekat klebang yang kat pantai 1 malaysia tu. tapi saya tak beli apa2 pon teman kawan beli je. haha syabas pada diri sendiri. sebab tak menarik sangat situ. kalau pergi bazar masjid tanah, mau berplastik2. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEMALAM SAYA BALIK KE TANJONG, SINGGAH JUGA KE PASAR RAMADHAN DI KLEBANG..

      Delete
  3. tips yang berguna geng...saya plak ndak akan turun kalau duit sudah kering...makan apa yang ada je...hehehe

    ReplyDelete
  4. Terbaik tips ni bro. tapi rasanya rm5 sikit sangat. RM10 ok la..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. KALAU NAK JIMAT, RM5 PUN DAH CUKUP BRO..

      Delete
  5. hmmm moon pon wat camtu... selalunya kriim kat adik laa..

    suruh dia beli kuih rm2 pastu air satu plastik rm2.00...

    bagi duit pon rm5.00 kira cukup2 je laa.. nak elakkan adik beli lebih2 kan...

    kalo x membazir je.. dah laa makannya ber3 je kat umah tu....

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan utk Fairus sekeluarga :)

    ReplyDelete
  7. hahaha.. memang susah nak berjimat kalau dah sekali tercampak kat bazaar ramadhan ni.hehehe. duit keluar macam air. nasib baik ada petua dan tips yang bagus ni.haha. tak pernah terfikir pulak sebelum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. BAWAK RM5 JE KALAU TAKNAK RASA DUIT KELUAR MACAM AIR..

      Delete
  8. paling nak jimat x perlu ke bazar ramadhan.. hehehe confirm jimat.. masak je kat rumah

    ReplyDelete
  9. AJ ni kalau bulan Ramadhan, memang jarang sangat ke bazar....
    Malas nak bersesak...
    Se
    Alam Ramadhan... =D

    ReplyDelete
  10. SAYA PUN SEKALI SEKALA JE KE PASAR RAMADHAN..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...