Wednesday, July 10, 2013

SILING KAIN PERCA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.


Tajuk : Siling Kain Perca
Saiz : 38 cm x 38 cm
Media : Akrilik

Aku hasilkan Siling Kain Perca ini daripada ilham kenangan lalu di rumah arwah nenek. Dulu, di rumah nenek aku ada perca-perca kain yang telah dijahit untuk dijadikan penutup kepada siling atau bumbung rumah. Zaman sekarang memang susah nak lihat benda sebegini lagi.

Bagi aku, perca-perca kain ini begitu unik dan mempunyai nostalgianya yang tersendiri. Daripada ianya terus dilupakan, adalah elok juga aku abadinya dalam bentuk lukisan abstrak seperti yang dihasilkan di atas.

22 comments:

  1. mati2 pcl ingat fairus buat siling dari kain perca...owh abstrak rupanya. sy sendiri pon ada tapi buat selimut kereta je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUAT SELIMUT BEST JUGAK.. MACAM2 RASA ADE PASAL KAINNYA PON BERLAINAN KAN..?

      Delete
  2. Cantik. Memori. Sama macam rumah nenek aku dulu. Ada cadangan ke nak buat lagi, jadikan koleksi.

    ReplyDelete
  3. sama rumah arwah nenek saya tu perca kain pon buat penutup siling/langsir dapur hihi

    selamat berpuasa =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. RUMAH ORANG DULU-DULU MESTI ADA..

      Delete
  4. cantik & berseni. Nenek sVs pun guna kain perca buat tutup siling, cadar katil & alas kaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. AAH.. MEMANG.. ORANG DULU2 TAK SUKA MEMBAZIR.. SEMUA DIGUNAKAN SEMULA PERCA KAIN TU..

      Delete
  5. rumah arwah nenek di kampung ada siling kain perca ni.. buat selimut tidur & cadar tilam pun ada juga. semuanya dr kain perca ni..

    ReplyDelete
  6. betul tu bro.. at least boleh jadi koleksi.hehe

    ReplyDelete
  7. Kalau kampung bela mak, boleh nampak lagi perca kain orang ikat kat bumbung tu... =D
    Cantik lukisan ni...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...