Friday, July 5, 2013

METALLICA LIVE IN MALAYSIA 2013


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Metallica datang ke Malaysia! Biar betul??? Ya, memang betul. Tiada yang tidak betul melainkan yang betul-betul sahaja.





Metallica merupakan salah sebuah kumpulan Heavy Metal yang paling aku minati pada zaman remaja. Kini, bukanlah tak minat, tetapi sudah kurang sedikit aku mendengar lagu-lagu. Kalau mendengar lagu pun hanya sekadar di radio ketika berada di dalam kereta.

Nak dikatakan aku sokong sangat kehadiran Metallica ke Malaysia ni tidaklah sangat, tetapi aku agak terujalah juga. Namun, pihak berkuasa perlulah mengenakan syarat ketat untuk tidak memberikan James Hetfield mengeluarkan kata-kata lucah dan makian yang sememangnya amat sebati dengan beliau.

Untuk makluman, Metallica akan membuat konsert pertamanya di Malaysia pada 21 Ogos 2013 ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Tiketnya pula dijual bermula dari RM 195.00 hingga RM 680.00. Aku confirm tak pergi... 



Pada 21 Ogos ini bermaksud konsert ini diadakan pada bulan Hari Raya Aidilfitri iaitu 14 Syawal. Mungkinkah, anggota Metallica akan berpakaian seperti di atas semasa mengadakan konsert?

Nak juga dengar Metallica main lagu raya ni nanti... Boleh ke?

10 comments:

  1. peminat metallica mesti happy ni *bukan saya* hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL.. SAYA TAKLAH FANATIK SANGAT..

      Delete
  2. hahaa... aku agak diorang sekarang tengah ukur badan, nak tempah baju melayu kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DENGAR CERITA DAH TEMPAH.. SIAP TEMPAH BAJU KURUNG UNTUK ISTERI MEMASING.. :)

      Delete
  3. dulu minat giler sampai guling guling, tapi sekarang dah kurang sikit... memang konsert yang di tunggu pasti,

    ReplyDelete
    Replies
    1. MASA DULU2 TERFIKIR JUGAK BILALAH METALLICA NAK DATANG MALAYSIA.. ADA YANG CAKAP, METALLICA CONFIRM TAK DAPAT MASUK MALAYSIA.. SEKARANG DAH DAPAT MASUK.. TAPI SAYA TAKDELAH NAK TERUJA SAMPAI NAK PERGI KONSERT DIA.. :)

      Delete
  4. Aku plk dari umur 15 sampai la skg dh 37..minat aku pd metallica x pnh berubah..dri melaka sggup redah jem g mid valley bli tiket(195 je)..21/8 pasti aku dtg..impian aku sjk dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. PERGHH..TEGAR NI.. TERBAIK.. AKU JE DAH SLOW...

      Delete
  5. RIDE THE LIGHTNING... Long Live Metallica..!!!

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...