Sunday, July 7, 2013

KASIHAN MOHAMED MORSI, KASIHAN MESIR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Memang tak fahamlah aku dengan masalah di Mesir ni. Memang benarlah dalam demokrasi, rakyat mempunyai kuasa untuk memilih pemimpin iaitu melalui peti undi. Tapi bukanlah dengan mengguling.

Rujukan gambar : Google Image


Kalau asyik-asyik nak gulingkan pemimpin, sampai bilalah negara nak bergerak maju. Mohamed Morsi baru setahun jagung dalam pentadbiran Mesir sudahpun digulingkan. Kalau betulpun rakyat berkuasa, agak-agaklah juga. Bagilah masa dan ruang untuk beliau mentadbir. Kalau betulpun ada kegagalan dan kekurangan, ia masih boleh diperbaiki. Guling mengguling bukanlah cara yang terbaik.

Tak pastilah sampai bila politik Mesir akan terus begini. Adakah selepas menggulingkan Mohamed Morsi, seorang pemimpin yang lebih baik akan muncul atau kelak beliau juga akan digulingkan? Kalau macam tu senanglah politik sekarang, tak suka saja guling.., tak suka saja, guling...

9 comments:

  1. ape punca sebenarnye yer.. kesian Mesir

    ReplyDelete
    Replies
    1. MUNGKIN ADA TANGAN2 GHAIB DI SEBALIK TABIR..

      Delete
  2. kasihan kan, penggulingan yang tragis hingga 16 nyawa terkorban. Kenapa lah keadaan begini di lakukan kat negara ambia ni...Apapun ilmu kat sana masih tinggi dan diburu oleh masyarakat dunia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ENTAHLAH BANG.. HARAP2 NEGARA KITA TAK SEBEGINI DAH LA.. CUKUPLAH DENGAN PERKHABARAN DARI NEGARA LAIN.. DOAKAN SAJA MEREKA DI SANA..

      Delete
  3. adik saya sedang belajar di sana bang. dia cerita, lepas je morsi digulingkan, rakyat2 dia yang anti morsi tu siap bakar mercun meraikan kejatuhan morsi. pelik-pelik diorang ni. adik saya cakap kat sana bunyi black hawk, bunyi jet makin kerap lately. sampai diorang nak pergi kelas pon takut. ish kalau nak cerita macam2 la yang adik saya ceritakan. tapi kang jadi karangan plak kat kotak komen ni hihihi

    ReplyDelete
  4. bersyukurkita di malaysia.. alhamdulillah.. :)

    politik mmg tak dapat dielakkan.. bg deno, dgn menggulingkan Morsi, belum pasti pentadbiran yg baru ialah terbaik.. manusia mmg suka mengikut perasaan...

    ReplyDelete
  5. kesian dekat negara Mesir...apatah rakyatnya lagi...dengan kebodohan beberapa orang sahaja...membuatkan negara hancur

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.