Monday, July 8, 2013

BARANG LAMA YANG BERHARGA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Kalau ada barang lama di rumah, jangan dibuang... Itulah pesanan aku. Barang lama ni amat berharga. Amat bernilai. Namun tak semua jugalah yang berharga. Aku yang baru-baru terjebak dalam mengumpul barang-barang lama, terutamanya MILO, berasa amat rugi kerana tidak mengumpulnya sejak dari kecil. 

Dalam Facebook aku dah penuh kenalan yang mempunyai hobi mengumpul barangan lama. Begitu juga halaman-halaman yang berkait rapat dengan hobi mengumpul, semuanya aku like. Bukan apa, aku ni baru je terjebak dengan arena ni, jadi aku memerlukan ramai kawan untuk memberikan tunjuk ajar kepadaku.

Aku lihat ada antara mereka yang tidak bekerja. Kerja mereka mencari atau membeli barang-barang lama kemudiannya menjual semula kepada rakan-rakan lain yang berminat. Aku tengok macam tak susah pula mereka menjual barang. Letak sekejab di dalam Facebook, dan-dan dah sold

Aku sarankan, mana-mana bekas graduan yang susah sangat nak dapat kerja tu, baiklah buat kerja macam ni. Ada modal sikit, pergi geledah rumah-rumah tinggal atau kedai-kedai lama dan beli barang-barang lama yang agak berharga lepas tu jual semula pada rakan-rakan yang mempunyai hobi mengumpul barangan lama atau iklankan di halaman kumpulan Facebook berkaitan barang-barang lama.  Gerenti ada orang beli.

Jangan kata duduk di Malaysia ni susah nak dapat kerja. Dengan mengumpul dan menjual barang-barang lama pun boleh jadi pekerjaan yang lumayan. Dah apa lagi, pergi selongkar kat rumah, tengok apa yang boleh dijual, lepas tu iklankan. Dapat juga duit. 

20 comments:

  1. deno pula suka kumpul setem.. yg lama2 pun ada ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. BAGUS.. BAGUS.. SAYA PUN ADA KUMPUL SETEM SIKIT2..

      Delete
  2. Replies
    1. ndak sabar mahu jumpa kau di melaka...kumpul2 duit dulu..hehehe

      Delete
    2. KALAU NAK DATANG, TAK PERLU SEWA HOTEL.. DUDUK KAT RUMAH AKU PUN TAKPE GENG..

      Delete
  3. rezeki tu luas.. mcm2 boleh djadikan sbg sumber pendapatan tp yg penting semua sumber tu halal la yer..

    ReplyDelete
  4. maaf Fairus sekadar bertanya tp agak tersasar sikit... ada kemungkinan tak barang2 lama ni (cthnya spt keris, lembing atau brg perhiasan) 'bersaka' ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ERM.. TAK PASTILAH.. TAPI PERNAH DENGAR, MEMANG ADA BENDA2 CAMTU.

      Delete
  5. hmmm kat umah kita xde barang lama...mak dah buang..hehehehehe

    ok laa kalo camtu kan... dari terbuang gitu aje... brg yg lama ada yg betol2 bernilai tinggi..

    ReplyDelete
  6. siapa nk cari botol lama

    ReplyDelete
  7. Saya ada dulang tembaga lama ada sape berminat

    ReplyDelete
  8. Saya ada dulang tembaga lama ada sape berminat

    ReplyDelete
    Replies
    1. AIK.. SEKALI 2 KALI KOMEN.. TERBAIK.. :)

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...