Monday, July 1, 2013

ANTARA KECANTIKAN DAN UNDANG-UNDANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sepatutnya kita perlulah mengutamakan undang-undang berbanding kecantikan. Undang-undang dibuat bukanlah kerana suka-suka tetapi ianya dibuat demi kepentingan ramai.

Apa yang aku nak jelaskan di sini ialah tentang etika 'orang kita' berkereta. Memanglah kereta adalah hak individu masing-masing, namun dalam berkereta mestilah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Janganlah sampai mengubahsuai kereta sehinggakan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Sebagai contoh, penggunaan lampu spotlight berwarna putih. Kebanyakkannya digunakan oleh kereta-kereta mewah. Lampu begini akan menyilaukan mata pengguna jalan raya apabila bertentangan dengan kereta sebegini. Keadaan sebegini amat menyakitkan biji mata, dan tidak mustahil ia boleh mengakibatkan kemalangan di pihak kenderaan yang bertentangan disebabkan penglihatan yang terhad kerana silau.

Gambar sekadar hiasan. Rujukan gambar KLIK

Baru-baru ini aku ke KLIA, balik merentasi lebuh raya, aku terserempak dengan sebuah kereta yang agak lain daripada lain. Lampu merah dibelakangnya amat berlainan kerana ia seperti menyuluh ke arah belakang. Bayangkanlah, apabila aku pandang saja lampu itu, ia seperti betul-betul menyuluh ke mata. Memang sakit mata dan hati memandangnya. 

Kesimpulannya, kenderaan memanglah hak milik masing-masing, tetapi tolonglah peka dengan sensitiviti orang lain yang menggunakan jalan raya. Janganlah menyusahkan pengguna yang lain kerana jalan raya bukanlah bapak kita yang punya!!!

16 comments:

  1. Pernah jumpa org letak lampu terang kat blkg gitu...mmg menyilaukan kita yg mengekori ni.
    Sebelum nak ubahsuai apa2 , kenalah fikir pengguna lain jugak kan.

    ReplyDelete
  2. jangan kata kereta mewah, kereta biasa pon banyak je pakai lampu macam ni. sakit btol mata. nak2 kalau dia dok belakang kereta kita, mak aih rasanya nak tercabut biji mata tahan silau

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAKIT MATA DAN SAKIT HATI.. HEHEH

      Delete
  3. Lampu bling2 merah biru lagi menyakitkan mata & kepala!

    ReplyDelete
  4. betul tu.. kdg2 ada yg pakai lampu kereta yg warnanya menyakitkan mata! nak bukak mata pun susah... geram! kalau jadi eksiden apa2 kan susah...

    ReplyDelete
  5. di Sabah nie pun sama kesnya...bikin bacat(panas) orang kata...jenis macam nie selalu kena doa yang bukan2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAKPELAH.. TAKYAHLAH DOA BUKAN2..

      Delete
    2. hehehe...dah hati marah...sebab lampu nie punca kemalangan di sini

      Delete
  6. dh nk camne org pentingkan kepuasan...jpj pon satu...tegas boleh tak??? haha emo sat

    ReplyDelete
  7. setuju sgt... mmglah duit diorg yg kuar buat semua lampu & kereta cantik2 tp tanpa sedar sushkan org lain...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...