Thursday, June 27, 2013

PANTAULAH SIKIT....!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Bukan niat untuk menghentam mana-mana pihak, namun ianya hanya teguran membina untuk meningkatkan kecekapan sesebuah agensi. 

Apa yang aku minta pantau ini ialah berkaitan jalan raya. Jalan sudah baik-baik, digalinya untuk membuat perparitan bawah tanah atau kabel elektrik. Itu tak mengapalah, tapi kenapa lepas itu jalannya ditar tidak rata? Jalan yang lama lagi baik dari jalan yang baru ditarkan. 


Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar KLIK

Kalau memandu di kawasan tu, aku marah-marah sendiri. Orang rumah aku saja yang mendengarnya. Ini semua pasal tiada pemantauan!! Pantaulah sikit... Jangan asyik duduk dalam pejabat saja!

Kalau ada projek sebegini, jabatan yang terlibat perlulah ada pegawai yang memantau. Jalan ditar dengan sempurna atau tidak. 

Aku pun tak fahamlah macam manalah pegawai boleh sain projek sudah siap sedangkan jalannya macam jalan tak siap. Jalan lama lagi baik dari jalan yang baru ditar. Eh, betul tak fahamlah!!

Moralnya, pantaulah sikit... Jalan raya tempat pemandu dan penunggang motorsikal berlalu lalang, kalau jalannya tidak rata mungkin akan menyebabkan kemalangan. Janganlah apabila orang besar nak lalu barulah nak buat pemantauan. Commonlah., Pantaulah sikit....

(Ps : Kepada agensi terlibat sekiranya membaca entri ini, aku bukanlah mahu menghentam, sekadar teguran dengan penuh kasih sayang)

14 comments:

  1. Kerja diorang ni mcm ne tau. Jenis kena ketuk byk kali, baru nak gerak sekali. Klu mcm ni gaya tak de improvement, boleh je call media.

    ReplyDelete
  2. dah terlambat nak tegur ni... patutnya tegur masa PRU hari tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. BARU BUAT BANG.. KALAU SEBELUM PRU CONFIRM BUAT BAIK-BAIK..

      Delete
  3. sama je la bang. saya kan p kerja lalu sungai udang tu. dulu sebelum pru dah tar cantik kat area sungai udang. pastu area kampung gelam jalan memang dah lama tapi tak rosak, pastu syarikat air kot yang p korek nak tanam paip besar tu, dah rosak jalan. nak korek tu takpe la tapi lepas korek tu,buat la elok2 biar level dia sama dengan level existing. ini tak, dah senget benget. orang nak jalan pon susah. haiyaaaa

    ReplyDelete
  4. Biasalah tu. Bila org berpengaruh nak dtg, barulah nak turap jalan.

    P/s: Lawaklah baca pengalaman jatuh tu...hehehe...

    ReplyDelete
  5. buat je aduan terus kepada yg berkenaan., bg je depa keja...keja depa tunggu arahan berdasarkan aduan pengguna..., bukan semua rajin nak pantau2.

    ReplyDelete
  6. Bende ni memang patut kena pantau.....
    Tak boleh sambil lewa...
    jangan bila jalan tu dah makan orang baru nak repair...

    ReplyDelete
  7. biasanya...dorang akan lepas tgn... kalo kita buat aduan, baru laa terhegeh nak ambil tindakan...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.