Thursday, June 13, 2013

MY AINNUR AFIAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Bulan ni merupakan bulan anak aku yang kedua dilahirkan. Maka genaplah umurnya setahun. Tapi dia belum pandai berjalan lagi. Gigi pun baru nak tumbuh 2 batang. 

Akulah yang hari-hari menghantar dan membawa pulang dia ke rumah penjaga kerana rumah penjaga di laluan aku. Kalau mood dia ok, senyap sajalah. Tapi kalau bad mood, mahunya sepanjang perjalanan dia menangis. Aku pulak yang naik berang. Tapi nak buat macam mana, layankan saja.

Harapan aku sebagai seorang bapa agar anak ini membesar dengan sihat walafiat dan kelak menjadi wanita solehah.

Hai... Saya Ainnur Afiah. Selamat berkenalan. :)

Inilah Bos.. Hari-hari angkat dia pergi balik...

Ni masa kakinya tersepit. Meraung le sekejab.. Tu la, memanjat lagi!!

Macam-macam hal lah!! :p

16 comments:

  1. doa ibu bapa adalah doa yg plg mustajab utk anak2. in shaa allah.. amin..

    ReplyDelete
  2. hepi besday dear... comel! insyaallah semoga menjadi anak yg solehah... amin! :)

    ReplyDelete
  3. Kihkihkih....
    Sempat lagi snap gambar tersepit ye...
    Suka tengok pic last tu..... =D

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.