Thursday, June 27, 2013

KENAPA WANITA MALAYSIA BERTUDUNG TETAPI..........

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Pada minggu lepas aku telah diarahkan untuk menjadi pegawai pengiring (Liason Officer AKA L.O) bagi satu delegasi yang membuat lawatan kerja di jabatan tempat aku bekerja.

Dalam masa 3 hari aku menjadi L.O, banyaklah tempat-tempat aku membawa mereka seperti muzium, rumah-rumah tradisional, makam-makam bersejarah dan tak lupa juga ke pusat membeli- belah.

Semasa membawa delegasi tersebut membeli-belah, seorang wanita daripada delegasi tersebut telah menanyakan kepada aku satu soalan cepu emas iaitu "mengapa wanita Malaysia bertudung tetapi memakai baju lengan pendek?"

Aku pun lantas menjawab "saya rasa mereka menganggap aurat hanyalah sekadar menutup kepala". Itu saja yang aku jawabnya, ringkas.

Sebenarnya itulah yang sedang berlaku dalam masyarakat muslim di Malaysia pada zaman ini. Bukan sahaja menutup kepala tetapi berlengan pendek, malahan ada yang menutup kepala tetapi berpakaian dan berseluar ketat dan ada yang memakai tudung tetapi masih menampakan bentuk dada.

Sama-samalah kita saling mengingat-ingati antara satu sama lain. Aku pun perlu mengingati isteri aku sendiri.... Semoga kita semua berubah ke arah kebaikan dan membuat apa yang disuruh-Nya.

14 comments:

  1. jawapanyg simple.. kang bg penjelasan yg lagi detail..panjang plak citernyer kan..

    huhu..kalo kita faham apa itu tutup aurat yg sebenarnya...dan kita tahu apa hukumnya... dan sedar akan akibatnya... pasti kita akan menutup aurat dengan sebetulnya...

    ReplyDelete
  2. Peringatan buat diri sendiri juga ni. Smoga wanita bertudung dpt menjaga adab dan penampilan dari segi berpakaian.

    ReplyDelete
  3. kurang ilmu tu...apapun kita yang malu

    ReplyDelete
  4. Marilah sama2 kita menjaga aurat..bukan perempuan saja..lelaki pon sering lupa yang lutut mereka adalah aurat..=)

    ReplyDelete
  5. AJ ni tak layak pun nak tegur pasal tudung ni...
    Tapi sekarang ni, apa yang AJ nampak tudung ni lebih kepada fesyen.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. BERFESYEN TAK MENGAPA RASANYA, TAPI BETUL2 MENUTUP AURAT.. WALLAHUAKLAM..

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.