Sunday, May 12, 2013

MELUANGKAN MASA BERSAMA MILO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Agak lama juga aku tidak mengeluarkan entri berkaitan Milo. Entri terakhir aku berkaitan Milo ialah Bola-Bola Milo yang telah aku siarkan pada bulan Februari yang lalu.

Nak dijadikan cerita, hari ini aku terdengar Milo ada buat program di Mahkota Parade, Melaka. Aku apa lagi, ajaklah anak bini pergi sama. Aku tahupun sudah terlewat, jadinya lepas Asar barulah aku keluar rumah.

Sampai saja di Mahkota Parade, terus aku tuju ke tapak program Milo tu. Nama programnya ialah Milo Breakfast Movement di mana mereka sedang mempromosikan agar rakyat malaysia bersarapan pagi sebelum ke sekolah atau tempat kerja. Sarapan apa? Sudah tentulah sarapan dengan Milo.


Inilah pintu gerbang untuk masuk ke dalam program ini. Masuk tak kena bayarpun. Masuk saja daftarkan nama untuk mendapatkan hadiah percuma dari Milo.

Namun bukan begitu senang saja untuk mendapatkan hadiahnya, aku kena bermain 3 jenis permainan. Tapi taklah susah mana. 'Kacang' je permainannya.


Tapi sebelum tu, belumpun sempat bermain, kitorang kena 'posing' dulu dengan piala 'saya juara sarapan'. Kata kru yang bertugas, setiap gambar akan dimuatnaikkan di dalam Facebook Milo.

Antara permainan yang aku kena sertai adalah :

Masukan bola dalam jaring.. Kacang je ni.. :)

Main game.. Ni pun kacang jugak.. Bagi anak aku main je..

Akhir sekali masukkan bola sepak dalam gawang gol mengikut soalan yang diberikan (lihat belakang anak aku)
Permainan-permainan tu semua syarat saja. Apa yang penting, mereka telah giat mempromosikan agar rakyat Malaysia mengambil sarapan pagi dengan Milo.

Lepas saja habis bermain, aku pun tebuslah hadiah percuma dengan memberikan tiket yang telah dicap sebagai bukti aku telah sertai semua permainan. Dengan senyuman, amoi tu memberikan aku dua beg goodies Milo (sebab aku gunakan 2 nama, dapatlah 2).


Tipulah kalau aku kata kalau aku tak seronok bila dapat hadiah percuma ni. Ia bertambah lagi keseronokan bila mendapat barangan yang masih belum terdapat dalam koleksi aku, barangnya ialah batch Milo dan beg Milo seperti di dalam gaambar di atas.

Oklah.. Entri ini berakhir di sini. Sekian, terima kasih. :)

20 comments:

  1. dapat hadiah, barangan milo pulak tuh..mana tak suka kamu fairus yer..., aku tengok kolesi milo tu pun dah teruja ...,

    p/s ..anak kedua kami memang sarapan dia hari2 dgn milo suam..nampak sihat dan cerdas...terbaiklah MILO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA DI RUMAH TAK SEMPAT NAK SARAPAN.. :(

      Delete
  2. Saya x slalu sarapan..
    Btw nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

    insanbiasabiasa.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK.. INSHAALLAH SAYA AKAN SINGGAH..

      Delete
  3. hahaha.. pantang MILO, pasti ada muka bro kan.hehehe

    ReplyDelete
  4. waahhh bertambah laa lagi koleksi milo tu kan..kan...

    ReplyDelete
  5. Wahhh.. Bertambah2 koleksi Milo... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. MESTILAH.. TAKKAN BERKURANG PULAK.. :P

      Delete
    2. Kalau berkurang pun boleh jadi gak......
      Kalau AJ datang pow collection tu la... =D

      Delete
  6. milo! minuman kegemarn dulu, kini dan selamanya.... eceh!^^

    ReplyDelete
  7. hehe... seronok ye dapat goodies tu...
    mau x seronokkan...kalau lisa pun nak goodies tu...boleh buat koleksi ..suka2... :)

    ReplyDelete
  8. Meriah nya. Bertambah lagi lah koleksi ☺☺

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...