Thursday, May 2, 2013

MELAWAT GURU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sebenarnya aku ni mempunyai peranan sebagai 'Admin' dan 'Admin bersama' dalam beberapa buah halaman Facebook. Ada halaman yang aku buat sendiri dan ada juga halaman yang aku dilantik sebagai 'Admin bersama'.

Salah satu halaman Facebook yang aku suka untuk menguruskan ialah Alumni sekolah lama aku. Itu pun ada seorang kawan lama yang lantik aku sebagai Admin agar halaman tersebut terus 'hidup'. Halaman tersebut mempuyai lebih 1500 orang pengikut. Kalau sekali mengepos status memang ramai yang komen dan 'like'.

Sebenarnya aku baru saja mula nak meriahkan lagi halaman tersebut. Memang halaman tu nampak muram saja. Masih aku ingat lagi kali terakhir aku menulis status pada November 2012, dan selepas itu ianya terus muram tanpa sebarang 'posting' walaupun Admin halaman tersebut mempunyai kira-kira 5 orang.

Pada April 2013, aku mula aktifkan semula halaman tersebut dan kembali memeriahkannya. Alhamdulillah, penerimaanya begitu positif di kalangan pengikut halaman. Setiap status mendapat maklumbalas yang agak memerangsangkan.

Pelbagai memori dan kenangan indah bersama dikongsikan dalam halaman ini dan tak lupa juga maklumat-maklumat, makluman dan lawak jenaka turut dikongsikan.

Walaupun Alumni ini bukanlah Alumni rasmi di pihak sekolah, namun sebagai orang yang telah dilantik sebagai Admin, aku berasa bertanggungjawab untuk memastikan ianya bukanlah sekadar habis begitu sahaja. Ianya perlu diuruskan dengan perkara-perkara yang dapat memberikan manfaat.

Pada hari ini (1 Mei 2013) aku telah membuat satu program ziarah ke rumah seorang guru yang kurang sihat di mana ianya memang telah dirancang melalui pengumuman di halaman Alumni tersebut. Mulanya ia mendapat maklumbalas yang baik, nampak seperti ramai saja yang mahu mengikutinya, namun akhirnya hanya aku dan seorang lagi teman yang menziarah cikgu tersebut. Teman Alumni tu pun aku kurang kenal, usianya 4,5 tahun lebih tua dari aku.


Sempat juga aku bergambar kenangan dengan cikgu ni. Alhamdulillah dia semakin sihat walaupun mempunyai penyakit 3 serangkai iaitu jantung, kencing manis dan darah tinggi. Namun badannya kelihatan agak susut berbanding dahulu.

Aku doakan semoga semua cikgu-cikgu aku dahulu sihat-sihat selalu dan dapat terus mengajar anak bangsa menjadi insan yang berguna.

Ps : Nak cerita pasal melawat guru saja, tapi mukadimmahnya bukan main panjang.. Hehe. Perasan tak?

16 comments:

  1. perkongsian menarik, teruskan usaha!

    ReplyDelete
  2. wah bgausnyaaa... tiba2 rasa rindu kat cikgu2 dan lecturere2... :')

    jom sertai segmen LUPUS AWARENESS:) http://dayangdeno.blogspot.com/2013/04/segmen-lupus-awareness-month.html

    ReplyDelete
  3. bangganya dia dapat pelajar macam kamu geng

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga ada yang akan mencontohi kamu geng

      Delete
    2. PERKARA BIASA SAJA BRO.. BUKAN LUAR BIASA.

      Delete
  4. Aina ada jugak jadi admin kat satu group tapi beruntung coz teman2 admin yg lain terlebih aktif.

    Ziarah itu sekurang2nya dpt menggembirakan mereka yang dulu bertungkus lumus mengajar kita.

    ReplyDelete
  5. tu la pasal, xpa niatmu murni sangat tu....dan sudah terlaksana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NASIB BAIK BUKAN SAYA SEORANG SAJA..

      Delete
  6. balas kunjungan lagi :)

    p/s: jom support LUPUS awareness ..! ^^http://dayangdeno.blogspot.com/2013/04/segmen-lupus-awareness-month.html

    ReplyDelete
  7. Bangga cikgu dpt anak murid macam ni ☺☺

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...