Tuesday, April 2, 2013

KAMI MEMERLUKAN POLITIK SEBEGINI DI MALAYSIA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sebenarnya aku tertarik dengan gambar di bawah ini :

Sumber gambar : Facebook

Pasti antara kita sayangkan Malaysia. Kita mahu negara kita terus maju ke hadapan dengan acuan kita sendiri dengan barisan pemimpin yang berkaliber dan berwibawa disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam mentadbir negara.

Aku secara peribadi menginginkan persaingan politik di Malaysia ini berlangsung dalam suasana yang 'sihat'. Berhujah dengan perkara yang realiti dan mampu dicapai dan bukannya sekadar bercakap-cakap kosong semata-mata mahu memenangi pilihanraya.

Tidak kiralah parti pemerintah mahupun pembangkang, berpolitiklah dengan matang. Sebenarnya ramai dikalangan rakyat sudah jemu apabila disajikan dengan berita-berita politik yang entah apa-apa serta fitnah-fitnah yang terus berleluasa.

Hendak menyenangkan cerita, apabila tiba pilihanraya nanti kita sebagai rakyat undilah calon yang kita suka di mana telah dapat menyakinkan kemampuan dan strategi mereka dalam membangunkan negara.

Siapa yang menang nanti, tadbirlah negara dengan sebaik mungkin kerana itu adalah amanah besar yang telah diberikan oleh rakyat. Pada yang kalah pula, teruslah membangkang dengan cara yang berhemah. Kalau yang memerintah salah, tegur dan berikan idea-idea yang terbaik bagi membaiki kesalahan tersebut.

Yakinlah, politik Malaysia boleh mencapai kematangannya sendiri. Kita hendak bergaduh-gaduh buat apa, hidup di dunia ini hanyalah sementara, akhirat jualah tempat kita kekal selama-lamanya.     

10 comments:

  1. AJ mau kan pentadbir yang adil dalam segala hal...

    ReplyDelete
  2. bila berkuasa...lupa diri sendiri...tu yang terjadi di Malaysia nie

    ReplyDelete
  3. RAKYAT BOLEH DAPAT MALAYSIA YANG MACAM NI... SEBAB KUASA SEBENARNYA DITANGAN RAKYAT... (huruf besar juga ~ haha)

    ReplyDelete
  4. BETUL.. BETUL.. BETUL... (TERHARU DAPAT KOMEN DARI ABANG, SEBULAN TAK SEKALI ABANG DATANG JENGOK BLOG NI.. HAHAHA)

    ReplyDelete
  5. kalau undi pemerintah memang nak yg bagus..., dan juga jd pembangakang yg bagus juga barulah negara akan makin maju dan berdaya saing.

    ReplyDelete
  6. setuju tu bro .. politik negara kita makin lama makin mengarut. siap buka aib orang lain lagi.. apa cerita ni? sibuk bergaduh kat atas. sedangkan yang sepatutnya diambil tahu adalah kebajikan rakyat.. baik yang sini mahupun yang sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERIMA KASIH BRO KERANA BERSETUJU DENGAN APA YANG AKU TULIS.. SESUNGGUHNYA RAKYAT TAK SUKA POLITIK YANG TAK MATANG..

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.