Wednesday, April 24, 2013

ANALISIS POLITIK BAGI (3) ORANG CALON BEBAS YANG TERKENAL


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Mula-mula aku mahu minta maaf, ini adalah entri sekadar suka-suka bagi memeriahkan kempen pilihanraya yang sedang hangat sekarang ini.

Okay.. Cuba kita lihat senarai (3) calon bebas di bawah ini :

Sumber gambar : KLIK

Anda kenalkan ketiga-tiga calon ini? Aku pasti anda semua amat mengenalinya. Namun setakat dikenali calon popular, tidak semestinya antara mereka boleh menang dengan begitu mudah. Jom mari kita buat analisa bersama, supaya kita tahu nak undi siapa dan siapa yang akan mewakili kita nanti.

Calon Pertama 

Haji Bakhil. Seorang yang amat kaya. Mempunyai kereta besar dan mempunyai 2 orang gajian yang sangat taat setia. Walaupun beliau kaya raya namun beliau dikenali sebagai seorang yang sangat kedekut.

Selain itu, beliau adalah seorang yang miang atau gatal. Tak boleh lihat perempuan cantik dan berdahi licin, semua beliau mahu kebas. Agak bermuka-muka dalam pemberian derma kepada pihak tertentu iaitu hanya mendermakan wang yang banyak kepada wanita sedangkan apabila orang lelaki yang meminta derma, hanya seringgit sahaja didermakannya.

Calon Kedua

Beliau mewakili Parlimen Pinang Sebatang, tak lain tidak bukan iaitu Pendekar Mustar. Seorang pendekar yang gagah perkasa dan mempunyai ilmu persilatan yang hebat.

Seorang yang baik hati dan amat prihatin terhadap masyarakat. Ini dapat dilihat apabila ada (3) orang pemuda bergelandangan datang ke rumahnya, dan telah diterima untuk tinggal di rumahnya. Selain itu, dia tidak kedekut ilmu, ilmunya sentiasa dicurahkan kepada sesiapa yang menginginkannya.

Calon Ketiga

Sharip Dol anak orang kaya. Tidak dapat dipastikan bagaimana beliau boleh tercalon pada pilihanraya pada kali ini. Beliau merupakan samseng yang sangat terkenal. Kawasannya ialah di Kampung Dusun.

Sifat samseng beliau sangat jelas dan diketahui ramai. Antara sifatnya yang terkeji ialah suka bergaduh, berjudi, mengacau wanita-wanita kampung, malahan yang paling dahsyat sekali ialah membakar rumah orang. Nauzubillah, inikah orang yang hendak mewakili kita nanti???

Daripada analisa di atas diharap para pengundi tahu siapakah calon yang akan dipilih pada pilihanraya akan datang. Bagi aku selaku penganalisis ketiga-tiga calon ini, semestinya aku akan memilih Pendekar Mustar sebagai calon yang terbaik untuk memenangi pilihanraya kali ini. Semoga beliau berjaya. Hidup Pendekar Mustar.. Hidup Pendekar Mustar.. Hidup..! Hidup..!

Ps : Entri ini adalah sekadar gurauan semata-mata tidak ada kena mengena sama ada yang masih hidup mahupun yang meninggal dunia. Nama-nama yang disebut adalah berdasarkan dari filem-filem Allahyarham P. Ramlee. 

Al-Fatihah, semoga mereka-mereka yang pernah memeriahkan industri filem dahulu kala ini ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh dan moga mereka dicucuri rahmat Illahi.

Moral : Walaupun entri ini nampak seperti suka-suka, namun ada sedikit pengajaran daripadanya. Apabila tiba masa mengundi nanti, kita buatlah sedikit analisa pada calon-calon yang kita hendak pangkah nanti. Lihat-lihatlah dari segi kebolehan, pencapaian, moral, integriti dan lain-lain yang difikirkan perlu bagi memastikan kita tidak tersilap pilih. 

26 comments:

  1. sungguh tu..analisa latar calon pilihan terlebih dahulu dan jangan main ikut saja...bijak Fairus bergurau...hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PCL PUN FAHAM APA YANG SAYA NAK SAMPAIKAN.. :)

      Delete
  2. Ye betul... Yg penting undi lah calon yg kita yakin 'bagus'..hee...

    Al fatihah

    ReplyDelete
  3. jangan mudah terpengaruh.. buat pilihan dengan bijak... gunakan akal..

    ReplyDelete
  4. aku pilih pendekar mustar...dia baik hati, pemurah dan sentiasa menjaga tanamannya,,,hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA BETUL.. WALAUPUN DIA ADA SEDIKIT 'SOUND TRABLE' :)

      Delete
    2. hahaha...ndak semua manusia sempurna geng...hehehe

      Delete
  5. Undi Sarip Dol....Hidup Sarip Dol...janji ditepati

    ReplyDelete
    Replies
    1. ADA JUGAK YANG SOKONG SHARIP DOL.. :D

      Delete
  6. hahaha... deno undi pendekar mustar la.. hehe

    ReplyDelete
  7. Undi jangan tak undi! lepas dapat keputusan dari utusan keluar perutusan kita terus senangkan hati, apapun keputusan baik atau buruk yang utama kita kaji di dun dan parlimen masing masing dan bukannya keseluruhan keputusan kerana dikawasan masing-masing mungkin adalah kemenangan yang lebih bermakna :) selamat mengundi :) saya undi Pendekarlah, sebab banyak COBAAN! kah kah kah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA.. PELBAGAI COBAAN DATANG MELANDA..

      Delete
  8. bab ni xtahu nak komen..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUKAN SUSAH BAB NI.. KOMEN JE.. :D

      Delete
  9. p/s: jom join segmen deno? segmen sempena LUPUS awareness month .. http://dayangdeno.blogspot.com/2013/04/segmen-lupus-awareness-month.html

    mr fairus, di entri SLE dan kehamilan.. deno tak hamil.. deno buat entri je.. deno kawen pun belum... pakwe pun takde.. hihi.. sape la nak org skait mcm deno ni.... huhu^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. INSHAALLAH... TAPI TAK JANJI YE..

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...