Friday, March 22, 2013

TERIMA KASIH AMRY'S BLOG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
 
Perniagaan masa kini bukan hanya terhad kepada kaedah tradisional iaitu dengan hanya membuka kedai dan hanya menanti pelanggan datang ke kedai kita. Kini, dunia tanpa sempadan yang menggunakan Internet sedikit sebanyak membantu para peniaga menjalankan jualan dan pemasaran sesuatu produk.
 
Facebook juga merupakan satu-satu medium yang amat berkesan dalam aspek pemasaran. Dengan hanya satu klik, keterangan / gambar sesuatu produk dapat dibaca dan dilihat oleh puluhan, ratusan malahan ribuan pengguna Facebook. Dalam ratusan yang melihat, takkanlah tiada satupun yang membeli, ye tak?
 
Berbalik kepada tajuk entri iaitu Terima Kasih Amry's Blog... Kenapa aku nak berterima kasih kepadanya? Emm... iyalah, mestilah kena berterima kasih kepadanya kerana dengan tanpa diminta, dia telah mempromosikan CHENTA CREATIVE HIJAB diblognya.
 
Banner Chenta Creative @ Amry's Blog
 
 
Walaupun tidak dapat dipastikan berapa besarnya impak promosi tersebut, namun sekurang-kurangnya dapatlah juga nama CHENTA CREATIVE HIJAB disiarkan di sana sini dalam alam maya ini. Terima kasih bro...
 
Kini, perjalanan perniagaan CHENTA CREATIVE HIJAB agak lancar. Jualannya cukup memberangsangkan sama ada secara runcit-runcit mahupun borong. Alhamdulillah, Allah yang memberikan rezeki, kita hanya mampu merancang.

8 comments:

  1. Smoga bisnes CHENTA CREATIVE HIJAB bertambah maju. FB kat office ni dah kena blocked...huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Tahniah...
    Semoga sentiasa berkembang maju...
    Insyaallah... =D

    ReplyDelete
  3. saya sangat menyokong jika ada rakan mahu berniaga, rezeki datang adalah dalam bentuk yg kita sendiri tak sedar, cakap nak tolong tapi belum lagi..mungkin sekarang tidak , insyaAllah akan datang.

    semoga biz semakin mantap, saya doakan.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...