Saturday, March 23, 2013

AYAM BOHSIA!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
 
Pernah dengar Ayam Bohsia? Nak tahu apa itu Ayam Bohsia? Ok, layan gambar Ayam Bohsia ni...
 
v
v
v
 
 
Sebenarnya tak pernah pun aku gelarkannya Ayam Bohsia, cuba ada sekali terperasan kawan aku di Facebook menggelarkannya Ayam Bohsia.
 
Mengikut bahasa yang biasa dipakai, makanan ini biasanya disebut Ayam Togel, Ayam Rangka atau Ayam Tulang. Kalau pergi ke pasar malam memang selalu juga membeli ayam ni. Sedap dimakan begitu saja. :)
 
Masih ingat pada satu masa dulu, harga yang dijual hanya RM 1.00 saja, kini harganya menjangkau RM 3.50 seekor. Padahal ianya hanyalah ayam goreng yang hanya tinggal tulang, adalah sedikit-sedikit isinya. Tapi itulah yang sedapnya kan..
 
Ada sesiapa suka makan Ayam Bohsia?

14 comments:

  1. Hanya bohjan je yg mkn ayam bohsia!! Opsss?!!! Hahaha...
    Aku panggil ayam ponggeng.

    ReplyDelete
  2. nama ayam bohsia lahir ketika ayam ni popular awal 90an...dan masa tu jugak gelaran bohsia bg remaja2 perempuan yg terlibat dgn gejala negatif...kira ayam tu dah terbarai...dah xde isi...mcm bohsia...(dengan izin) tp nama ini sekadar gelaran shj...tp yg kesiannya wlpn ayam tu jantan tetap digelar ayam bohsia...hohoho

    ReplyDelete
  3. ayam rangka..penah sekali beli tapi rasa mcm rugi sbb harga tak sepadan dgn apa yg dapat...kira aku terkena lah kot, org yg lapah ayam tu betul2 punya lapah...dahsyat !

    ReplyDelete
  4. Aduh namanya..
    Ni 1st time AJ dengar orang panggil nama ni..
    ehhehehhe..
    Sedap ni.....
    Rangup!!
    Tu la sekarang dah mahal....
    Ada yang sampai rm4.50..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HUH, RM 4.50.. BAIK BELI AYAM SEEKOR.. :)

      Delete
  5. Amboi...kontroversi tol namenye. Suke lyn ratah rangka ayam ni.

    ReplyDelete
  6. huahahaha!! power! nama dia memang power.

    ReplyDelete
  7. HEHE.. NAMA KONTROVERSI SAJA TU., :)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...