Monday, March 4, 2013

ANDAI INI BOLEH DIKATAKAN SEBAGAI KOLEKSI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
 
Agak lama juga blog aku ini tidak mempunyai entri terbaru. Walaupun tiada entri terbaru, namun aku tetap mengunjungi blog-blog yang kebiasaannya aku lawati (seperti di bloglist).
 
Hendak dijadikan cerita, pada satu hari seorang pengumpul tegar datang ke rumah aku untuk membeli barangan Milo yang aku iklankan di Mudah[dot]My. Beliau memang seorang pengumpul tegar, bukan setakat macam aku yang hanya mengumpul Milo, tetapi beliau mengumpul bermacam-macam benda dan barangan.
 
Kalau hendak disebutkan satu-persatu memang banyak sangat barang yang dikumpulnya. Namun, ada satu barang yang dikumpul oleh beliau yang aku tertarik iaitu mengumpul penanda nama (tagging).
 
Sebenarnya aku memang mempunyai banyak penanda nama ni, namun semangat untuk aku mengumpulnya tiada. Justeru, bermulalah episod aku mengumpul semula penanda nama ini yang kebanyakkan memang bersepah-sepah. Ada yang terletak di rumah, dan ada yang terletak di pejabat.

Hasil daripada pencarian semula penanda nama ini, dapatlah aku temui sejumlah penanda nama yang agak banyak juga dan telah aku simpankan ke dalam sebuah kotak untuk dijadikan sebagai bahan koleksi.

Bak kata orang, cakap banyak tak guna, tikam tak kena, layan saja beberapa gambar koleksi penanda nama yang sempat aku ambil.

Adalah sedikit...

Antara penglibatan dalam sukan

Pegawai Pengiring (Liason Officer)

Antara penglibatan di peringkat Asean / antarabangsa (tetapi dalam Malaysia)

Antara penyertaan kursus / bengkel / seminar dan lain-lain

Sebilangan daripada program-program jabatan

Menarik tak mengumpul barangan macam ni..? :)

10 comments:

  1. pergh macam2 koleksi abang ni. rajin mengumpul. kalau saya, angan2 je la nak mengumpul. kesudahnnya hilang hehe

    ReplyDelete
  2. Banyaknya....
    AJ nampak benda ni buang2 je.....
    Adalah sikit dalam simpanan..

    ReplyDelete
  3. syabas, barang camni bukan semua orang boleh dapat, abg pun ada beberapa keping sahaja simpan dapat dari hadiri seminar dan kursus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AKAN MENGIMBAU KENANGAN PADA SUATU MASA NANTI..

      Delete
  4. ini pon dikira koleksi jugak...

    masa zaman belajar kat kolej, byk gak kumpul name tag... kenangan nie....

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.