Tuesday, January 22, 2013

SAYA ATAU AKU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya atau aku??? Masa mula-mula menulis blog dulu saya menggunakan kata ganti nama diri 'AKU' tapi kemudiaannya saya ubah semula kepada 'SAYA'.

Kini saya berfikir semula, penggunaan kata ganti nama diri 'SAYA' nampak seperti formal dan tak nampak 'mesranya'. Jadinya saya sekali lagi menukar keputusan untuk menggunakan semula perkataan 'AKU' sebagai kata ganti nama diri.


Bermula hari ini, saya akan memulakan semula perkataan 'AKU', harapnya tiadalah kejanggalan bagi mereka yang amat setia bertandang ke blog aku ni.

(Ps : Teringat pula pesan arwah nenek masa kau kecil-kecil dulu. "Jangan cakap 'aku', nanti Hantu Paku datang...")

24 comments:

  1. Aku pon sama, rasa lebih selesa...jangan dipakunya aku dah le ye Fairus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA.. AKU TETAP AKU, TAPI KALAU ORANG UMUR LEBIH, MEMANG KENA PANGGIL ABANG JUGA...

      Delete
  2. hahaha... perkara nie pernah terjadi pada AKU. actually aku ada 1 lg blog yg pakai kataganti nama SAYA, tp x best laa... x rasa mcm diri sendiri... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TU LA PASAL... PASAL AKU BACA BLOG KAU LA LEPAS TU AKU INGAT NAK PAKAI 'AKU' JUGAK.. WAKAKA..

      Delete
  3. Pernah juga aku buat entri macam ni...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. YE KE.. DAH LUPALAH.. KAU PUN DAH JARANG MENULIS BLOG..

      Delete
  4. hehehehe.. tak salah jadi diri sendiri bro.. dan, bila kita jadi diri sendiri, tu yang buat kita dapat lebih mesra dengan orang lain. sebab kita selesa dengan diri kita sendiri :)

    ReplyDelete
  5. ape pun kata ganti nama diri as long as kita rasa selesa.. yg baca ni pun xde masalahla.. ok jer...

    ReplyDelete
  6. Kadang2 guna 'saya'. kadang2 guna 'aku'. Bergantung pada ayat ☺☺

    ReplyDelete
  7. Baru perasan ada heeder baru!

    FAI
    RUS

    tu sangat ohsem, okey!

    ReplyDelete
  8. sedang menunggu entry 'AKU' yang pertama ;)

    ReplyDelete
  9. bila bercakap dengan member gunalah perkataan AKU tapi kalau dengan orang besar atau orang lebih tua dengan kita...gunalah SAYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PERKATAAN DI ENTRI SAJA.. KALAU DI RUANGAN KOMEN, KENA LIGAT JUGA SIAPA YANG KOMEN TU.. :)

      Delete
  10. abang atau bos????please answer my question pleaseeeeee.....hikhikhik..:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. ABANG PUN OK GAK.. BOS TU SAYA TAK SETUJU, WALAUPUN SEKALI SUKA ORANG PANGGIL BOS, TAPI MACAM NAK MEMBODEK JE.. :)

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...