Saturday, December 15, 2012

MILO : ANTARABANGSA DAN PERCUMA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Seronok rasanya dapat barang percuma. Apatah lagi barangan yang diperolehi adalah barang yang saya kumpul.
 
Baru-baru ini saya menerima beberapa barangan Milo yang diberi oleh sedara-mara saya yang berada di Singapura dan seorang lagi yang mengikut suami ke Jepun.
 
Barangan Milo dari Singapura yang saya dapat ialah :
 
Ini dia... Van Milo edisi Singapura. Memang agak berlainan dengan edisi Malaysia

Yoyo ini juga dari Singapura. Saya tidak pasti pula sama ada Malaysia pun ada keluarkan Yoyo sebegini
 
Selain itu saya juga menerima satu pek Milo dari Jepun. Sebenarnya saya minta dengan sedara saya tu melalui chat di FB. Saya minta kalau boleh yang tin punya, namun tin punya tiada, yang ada hanyalah jenis pek. Namun, walaupun pek, saya tetap hargai dan menyimpannya.
 
Pek Milo dari Jepun
Dan satu lagi barangan Milo yang saya terima ialah cawan kertas Milo 100 tahun Nestle. Ini Malaysia punya keluaran, bukan dari negara luar. Mokcu saya dari Kuala Lumpur yang beri.
 
Cawan kertas Milo. 2 biji yang besar tu saya dapat di Marry Brown
 

14 comments:

  1. best betul barangan luar negara ni. lama juga dok perhati van milo dari Singapura tu, kalaulah dapat setnya, aduuuhhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA SEDANG BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN COMPLETE SET..

      Delete
  2. Milo mmg jenama yg gah...ada nilai tersendiri. saya suka.

    ReplyDelete
  3. pergh.. dah cari milo luar negara pulak.. terbaik la bro.. kalau ada lebih hulur2 lah.. hehe

    ReplyDelete
  4. hahaha ko ni fetish dgn MILO ker> =.='

    ReplyDelete
  5. Woahh, peminat setia melo ni. Heheh, datang follow.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...