Wednesday, December 26, 2012

KAIN SENDIRI TERSELAK TIDAK PERASAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entah kenapa zaman sekarang orang suka mencari kesalahan orang lain. Seboleh-boleh nak cari kesalahan orang lain. Kalau tidak nampak kesalahan tersebut, dikorek-koreknya sehingga terpapar semua kesalahan seseorang itu.

Apakah keseronokan yang dikecapi apabila dapat mencari kesalahan orang lain? Adakah diri kita ini sendiri sempurna sehinggakan secara sengaja dan terbuka untuk mencari kesalahan orang?

Bukankah elok sekiranya sesuatu kesalahan itu disusuli dengan nasihat yang berguna kepada si pelaku. 

Contohnya ; "awak sudah buat kesilapan, apa kata awak perbetulkan dengan melakukan ini, ini dan ini..."

Nampak elok sekiranya kita menasihat daripada terus menyelak kesalahan orang. Lebih elok kalau terus berdepan si pelaku yang membuat kesalahan dan menasihatinya dan bukannya mengaibkannya serta mendedahkannya kepada orang ramai. 

Kita sering perasan kita ini bagus, sebab itulah kita sering nak jatuhkan orang sedangkan diri sendiri tidak sebagus yang kita sangka. Selalu ingat diri sendiri sahaja yang betul sedangkan orang lain sentiasa salah. 

Saya suka katakan bahawa orang sekarang kalau kain orang lain koyak seberang sungai pun dia boleh nampak, sedangkan kain sendiri terselak dia tidak perasan.

Entri ini mungkin sangat berkaitan dengan entri INI.  

21 comments:

  1. BEtul! Betul. Manusia mmg mcm tu. Klu sy bt salah, diorang suh sy improve. Tp bile org salahkan mereka, mrk akan cuba tuding pd kami pula...

    ReplyDelete
  2. memanglah kain sendiri koyak tak nampak sebab koyak kat bahagian belakang, kadang kain pelikat atau kain batik pakai sampai bertahun-tahun... naik reput, kadang kain penuh sampai sapu lantai tapi punya jarang sampai nampak bentuk, kadang ada yang sengaja pakai kain koyak terbelah kerana fesyen sampai nampak peha yang gebu dan ada yang berbulu, itu yang kita perlu tegur menegur antara satu sama lain, supaya aib orang lain dan diri sendiri tertutup dengan redha dan tidak di anggap satu balasan dari yang maha esa. Zaman sekarang memang banyak orang suka mencari kesalahan dan buat fitnah, sebab itu juga amaran dan peringatan sudah diperturunkan sejak dahulu lagi pada kitab terakhir. Fitnah menjatuhkan dan adakalanya kebenaran itu mengaibkan. In Sya Allah, orang teraniaya akan dibela akhir nanti. dan doanya moga akan diperkenan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAIN SENDIRI KOYAK DI BELAKANG MEMANG TAK NAMPAK? ERM.. PASAL TU LA KITA KENA PERHATIKAN BETUL-BETUL DIRI KITA SENDIRI..

      Delete
  3. setuju sangat.. harap kita semua dijauhkan daripada sikap sebegini.. ia merosakkan jiwa kita sebenarnya..

    ReplyDelete
  4. btol tu....


    hmm ada juga yg kainnya sendiri koyak..tapi buat2 xnampak...dan rasa kainnya tu dah elok dan molek sgt..

    lebih baik jgn suka sgt bz body hal org..lagi2 ia boleh mengaibkan org itu... huhu

    ReplyDelete
  5. sgt2 setuju dgn entri... smp kdg2 x mampu nk kata apa.. ;)

    ReplyDelete
  6. Betul tu Bro, tak baik kita mengaibkan orang lain, nanti kita dapat dosa orang lain dapat pahala,
    kain berlobang pun ada juga sebab kena makan semut, keh! keh! keh! kalau dekat negara Cuba tak silap, gossip pun satu kesalahan besar...,diri sendiri, didikkan, apa yang berlaku di sekeliling, media massa dan elektronik juga internet adakalnya mengkuca-kacirkan keadaan, tambah sos, garam, gula, asam dan menjadi racun. Jika kita mendengar, dengarlah dari kedua belah yang hak, jika kita melihat, biarlah dengan zahir dan batin, atau ambil saja iktibar dari apa yang berlaku tanpa syak wasangka, adakalanya bisikkan was was menyelamatkan kita,.... perghhh! yehaaa! sekadar pendapat... kih! kih! kih!,

    ReplyDelete
    Replies
    1. PANJANG PUNYA PENDAPAT.. TERBAIKLAH..

      Delete
  7. biasanya itulah sikap segelintir manusia
    sbb x pernah sempurna , sebab tuu kita kena saling menyedarkan sesama kita ... utk diri kita juga ..
    dan kita juga perlu sedar , kita kadang2 x sedar kita dah buat silap , tanpa teguran kawan2 atau sesiapa konperm kita akan terlanjur terus kan ...

    soo kita kena sentiasa bersedia utk menerima teguran dan menegur org ... anggap kita semua insan kerdil sahaja .. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TU LA SAYA KATAKAN.. NAK MENEGUR BOLEH, MESTILAH DENGAN BERHEMAH..

      Delete
  8. betul la.. ibarat semut diseberang nampak, gajah depan mata tak nampak!

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...