Monday, November 12, 2012

HEBATKAH MELAKA???


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Saya ni bekerja di muzium di Bandar Hilir, Melaka. Kadang kala sedang duduk-duduk, saya selalu berfikir, hebat benar negeri Melaka pada suatu masa dahulu. Pelbagai negara yang datang tanpa diundang semata-mata mahu menguasai pelabuhan Melaka dan perdagangan Timur Barat.
 
Kedatangan Diego Lopez De Squeira di Melaka pada 1509. Pada ketika ini dilihat Melaka telah maju, mempunyai Kota pertahanan yang diperbuat dari batu dan kayu.
 
 
Dari Portugis, Belanda hinggalah ke British, semuanya menjajah kerana kepentingan Ekonomi. Namun ada juga yang berperanan untuk menyebarkan agama Kristian mereka.
 
Terpandang pula pada Bukit St. Paul. Menang strategik, bukit ini memang strategik sehinggakan di persekitaran kawasan inilah direbut-rebutkan oleh kuasa-kuasa Barat.  Dari puncak bukit ini jelas kelihatan sekeliling Kota Melaka dan amat baik bagi strategi pertahanan.
 
Serangan Portugis ke atas Melaka yang diketuai oleh Alfonso De Albuqueque. Kalau dilihat, tak ubah seperti peristiwa serangan di dalam Filem The Lord Of The Ring.
Begitu juga pada pentadbiran di Zaman Kesultanan Melayu Melaka, dahulunya Istana Sultan terletak di puncak bukit ini ataupun di kaki-kaki bukit. Sebelum dikenali sebagai Bukit St. Paul, dahulunya bukit ini adalah Bukit Melaka.
 
Oleh kerana bukit ini menjadi lokasi pertahanan yang strategik bagi kesemua kuasa Barat ini, terdapat perubahan nama bukit ini di masa mereka memerintah seperti :
 
Zaman Kesultanan Melaka - Bukit Melaka
Zaman Portugis - Bukit St. Paul
Zaman Belanda - Bukit St. Poulo
Zaman British - Bukit Bendera
 
Namun kini bukit ini terus dikenali sebagai Bukit St. Paul kerana terdapatnya Gereja St. Paul di puncak bukit tersebut. Namun pada pendapat saya, lebih elok sekiranya bukit ini dikekalkan dengan nama asalnya iaitu Bukit Melaka.
 
Di sini saya ingin kongsikan beberapa gambar di sekitar Bukit Melaka semasa zaman penjajahan.
 
Lakaran Fortaleza De Malaca (Kota Melaka) di Zaman Portugis

Kelihatan Kota Melaka yang dibina oleh Portugis masih digunakan pada Zaman Belanda. Belanda membuat beberapa tambahan bagi mengukuhkan pertahanan kota.

Gambar Zaman British. Tembok Kota Melaka sudah tiada lagi akibat dimusnahkan oleh British. Hanya Pintu Gerbang Santiago A.K.A Porta Da Santiago A.K.A A' Famosa saja yang tinggal.

6 comments:

  1. wah... ada gambar2 nostalgia melaka suatu masa dahulu la...

    ReplyDelete
  2. BONI : GAMBAR RARE NI.. ADA DIANTARANYA DATANGNYA DARI SUMBER LUAR NEGARA..

    ReplyDelete
  3. ya! Bukit ini lebih sesuai dinamakan Bukit Melaka, sekarang bukit-bukit menjadi buruan tauke-tauke kerana nilai tanah bukit yang tinggi, orang kata kalau ditarah boleh memberi pulangan yang tinggi....

    ReplyDelete
  4. IARYYLR : TAPI BUKIT INI RASANYA TIDAK BOLEH DIBUAT SESUKA HATI KERANA IA TERLETAK DIBAWAH KAWASAN PEMULIHARAAN UTAMA WARISAN..

    ReplyDelete
  5. hebat sebab tu kita ada darah melaka...hihi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PERGHH... BERDARAH HANG TUAH JUGA RUPANYA.. :)

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.