Friday, November 9, 2012

BILA ANAK KECIL PUN BERSEDEKAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semasa mendengar khutbah solat Jumaat sebentar tadi, saya ada memerhatikan seorang kanak-kanak berusia lingkungan 8 ke 9 tahun berjalan ke arah pintu masuk masjid. 

Sambil berjalan dia membuka dompetnya dan mengeluarkan wang kertas lalu dimasukkan ke dalam tabung masjid yang terletak di muka pintu masjid tersebut.

Mari bersama kita amalkan sikap suka bersedekah

Di dalam hati terdetik betapa mulianya anak kecil itu dan terus menginsafi diri yang kadangkala agak lalai untuk mengeluarkan duit untuk menderma ke tabung masjid. Sedangkan sudah termaktub bahawasanya sedekah amal jariah merupakan amalan yang tidak terputus apabila seorang Muslim meninggal dunia.

Dari Abu Hurairah R. A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda "apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya"

Mudahnya :

1) Bersedekah ke jalan Allah S.W.T
2) Memberi ilmu yang bermanfaat
3) Doa dari anak yang soleh

(Ps : Andaikata apa yang saya kongsikan ini juga tergolong dari "memberi ilmu yang bermanfaat",  alangkah syukurnya)

10 comments:

  1. Apalah sgt setakat sedekah RM1-RM2? Pulangannya pasti berganda-ganda.

    ReplyDelete
  2. pastinya ibubapa anak kecil tersebut mendidik anaknya dgn baik sekali kan...

    ReplyDelete
  3. semoa pintu rezeki anak kecil tu dan keluarganya sentiasa dibukakan oleh Allah sampai bila-bila..amin...

    ReplyDelete
  4. contoh yg baik, kecik2 dah tahu ke mana arahnya mahu buat amal jariah.

    ReplyDelete
  5. FIZA : YA.. MEMANG BAGUS NAMPAKNYA..

    ReplyDelete
  6. PCL : MUNGJIN AJARAN DARI IBU BAPANYA JUGA..

    ReplyDelete
  7. BONI : HARAPNYA BEGITULAH.. AMIN.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...