Wednesday, October 31, 2012

WAJIB BACA : PENIPUAN WANG ALAF BARU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Sebelum saya bercerita agak panjang lebar, terlebih dahulu saya berpendapat mungkin ada antara kalangan yang membaca entri ini pernah terkena sepertimana yang saya mahu ceritakan ini. Saya berkongsi cerita ini supaya kita semua mendapat makluman seterusnya tidak tertipu dalam apa-apa bentuk penipuan yang menyuruh kita menyerahkan wang. Wallahuaklam.
 
Hendak dijadikan cerita, pagi tadi (30 Oktober 2012) saya ada mendapat satu panggilan bernombor misteri iaitu 1300888*** yang mendakwa panggilan dibuat dari TM (Telekom Malaysia). Semasa menjawab panggilan tersebut, operatornya memberitahu saya mempunyai bayaran tertunggak bil bulanan UNIFI sejak April 2012 sebanyak RM 3,000 ++. Selepas itu, operator menyuruh saya menekan nombor sekian-sekian untuk terus disambungkan kepada pegawai mereka.
 
Saya agak terperanjat kerana saya tidak pernah melanggan pakej tersebut, ditambah lagi keraguan bahawa kawasan penginapan saya memang masih belum ada servis UNIFI. Saya agak sedikit bingung.
 
Pegawai yang disambungkan kepada saya mendakwa beliau dari pejabat TM di Kuala Lumpur. Saya memberitahu perkara sebenar yang saya memang tidak melanggan UNIFI. Seterusnya dia memberitahu kepada saya mungkin ada seseorang yang telah menggunakan nama dan nombor kad pengenalan saya untuk melanggan UNIFI.
 
Apa yang membuatkan saya berasa janggal sangat, orang yang didakwa menggunakan nama saya itu juga membuka akaun RHB BANK sebagai agensi pemotongan bulanan terus dari akaun untuk membayar bil bulanan UNIFI. Keadaan saya semakin tertanya-tanya.
 
Lantas, pegawai tadi menyatakan mungkin nama dan nombor kad pengenalan saya telah disalahguna oleh pihak tertentu dan menyarankan saya membuat laporan ke BANK NEGARA kerana ia melibatkan penipuan akaun bank. Sebelum itu sempat juga dia memberikan maklumat-maklumat berkaitan seperti alamat dan nombor telefon rumah orang yang menggunakan nama saya, nombor akaun UNIFI serta nombor akaun RHB BANK yang semuanya menggunakan nama saya.
 
Pegawai tersebut menyuruh saya menulis segala maklumat yang diberikan supaya mudah disampaikan kepada pegawai di BANK NEGARA semasa saya membuat laporan. Sebelum menamatkan panggilan, pegawai tersebut telah memberikan nombor telefon Unit Aduan BANK NEGARA dan menyarankan agar saya segera menghubunginya.
 
Saya tanpa berfikir panjang terus menghubungi BANK NEGARA melalui nombor telefon yang telah diberikan. Tiada jawapan. Saya dail sekali lagi, masih tiada jawapan seperti talian sedang sibuk. Dalam hati saya berfikir, tentu mereka sedang sibuk menerima aduan pelanggan yang ramai.
 
Semasa menunggu talian tidak sibuk saya sempat mengemaskini status di Facebook dengan menyatakan masalah yang sedang saya hadapi. Ada pula seorang yang menekan butang "like" iaitu MADAM LALA. Saya juga sempat menghantar mesej kepada isteri saya untuk menyatakan perihal ini.
 
Dalam beberapa minit selepas itu, saya dapat menembusi talian Unit Aduan BANK NEGARA. Apabila panggilan diangkat dengan pantas orang yang menjawab panggilan tersebut bertanya "BANK NEGARA, BOLEH SAYA BANTU?" Saya pun menceritakan masalah yang saya hadapi sepertimana yang diberitahu oleh pegawai TM sebelum tadi.
 
Selepas selesai menceritakan masalah saya secara ringkas, pegawai yang mendakwa dirinya dari BANK NEGARA tersebut menyatakan dia akan menelefon saya semula untuk proses rakaman suara pula untuk merekod aduan. Dia meminta saya meninggalkan nombor telefon supaya dia boleh menelefon saya semula. Dalam hati saya bertanya, mengapa dia tidak memasang terus sistem rakaman suara?
 
Dalam beberapa minit selepas itu, pihak yang mendakwa dirinya dari BANK NEGARA telah menghubungi saya semula. Kali ini dia meminta banyak maklumat dari saya. Dari kad kredit (saya tidak ada), bank-bank yang saya menyimpan duit, jumlah-jumlah duit yang ada dalam setiap akaun dan pelbagai soalan seperti lagak orang sedang menjalankan siasatan.
 
Saya mula risau apabila pegawai terbabit berkata mungkin akaun-akaun bank saya boleh dikeluarkan wang oleh orang yang menggunakan nama saya untuk melanggan UNIFI tersebut. Soal jawab antara dia dan saya agak lama juga sehinggalah talian terputus. Perkataan terakhir yang saya ingat sebelum talian terputus ialah "bagaimana pula dengan akaun ASB saya?".
 
Dan dan selepas talian terputus orang tersebut tidak menghubungi saya lagi. Pada sesi soal jawab tersebut, pegawai itu sempat meberitahu agar tidak menghebah-hebahkan perkara ini kepada sesiapa pun kerana ia dalam siasatan dan akan membuat tangkapan dan dalam jangka masa 3 hari, saya dilarang untuk membuat apa-apa transaksi di bank.  Lalu saya teringat saya ada mengemaskini status di Facebook. Dengan pantas saya log masuk ke Facebook dan memadam status saya. Begitu juga dengan mesej yang saya berikan pada isteri, saya menghantar mesej kepadanya semula agar tidak memberitahu kepada sesiapa kerana ia masih dalam siasatan pihak BANK NEGARA
 
Selepas itu saja bekerja seperti biasa, masih mengharap juga panggilan dari BANK NEGARA yang terputus dan tidak ditelefon semula. Dalam pukul 4.00 petang, isteri saya membuat panggilan, dia menyatakan bahawa panggilan dari TM yang saya terima itu adalah panggilan tipu. Nombor telefon BANK NEGARA yang diberikan juga itu adalah tipu. Rupa-rupanya ini adalah satu perancangan rapi dari mereka sendiri untuk menipu wang mangsa. Pada masa ini saya adalah mangsanya.
 
Namun saya bersyukur kerana saya tidak terus tertipu. Pada hemat saya, saya hanya memberitahu akaun-akaun bank (tanpa nombor akaun) dan nilai wang yang ada di setiap akaun bank yang saya ada. Saya harap tiada maklumat penting yang terlepas kepada si penipu itu.
 
Saya yang berasa tidak puas hati terus membuat carian nombor telefon sebenar BANK NEGARA. Setelah berjaya membuat panggilan, saya menceritakan hal yang terjadi pada saya. Pegawai yang menjawab panggilan saya itu seperti sudah tahu kes seperti saya, beliau menyuruh saya membiarkan sahaja kerana telah banyak aduan yang sama mengenainya.
 
Beginilah serba sedikit pengalaman saya yang hampir tertipu. Mujurlah saya memang tiada menggunakan perkhidmatan UNIFI, kalau tidak mungkin juga saya terhasut untuk membayar tunggakkan yang perlu saya jelaskan.
 
Macam-macam cara orang penipu untuk mendapatkan wang, jadi saya berharap apa yang saya tulis ini sedikit sebanyak memberi makluman dan pengetahuan kepada semua agar tidak tertipu dengan penipuan yang mempunyai modes operandi sedemikian rupa. Harapnya dapatlah juga dikongsikan kepada adik beradik, sedara mara dan sahabat handai yang lain untuk makluman bersama.

51 comments:

  1. haish... bayangkan berapa ramai yang kena tipu? macam tu je cara dorang kaut keuntungan dengan memperdaya dan menganiaya orang lain

    ReplyDelete
  2. berani plak org tu menggunakan nama bank negara ye. hebat btol taktik orang nak menipu zaman sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. MACAM-MACAM MEREKA CIPTA UNTUK MENIPU ORANG..

      Delete
  3. hish..kalau mcm² kite ni mungkin jugak tak terpedaya..mcm mana pula kalau dgn ibu bapa kite kan..sian mereka..tq Fairus kerana share maklumat ini..

    ReplyDelete
  4. bahayanya geng...berani betul dorang menipu....apapun terima kasih dengan entri kamu nie geng...aku mohon kongsi entri kamu nie dalam FB ku

    ReplyDelete
  5. perangkap tak mengena (hampir2 kena), ...syukur alhamdulillah, moga dgn kisah benar ini memberikan iktibar buat semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA BERKONGSI PUN SUPAYA YANGMEMBACA NI DAPAT MAKLUM AKAN PERKARA INI..

      Delete
  6. Ish....tak apalah. Next time, jgn mudah beri maklumat pd sesiapa melalui panggilan telefon. Sy juga pnh kena. Tapi tulah, pengalaman mengajar kite kan?

    ReplyDelete
  7. Bijak kita...,bijak lagi orang yang nak menipu. Semua lop hole dia orang kaji. Berhati-hati selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL TU.. PANDAI MENIPU.. DIORANG SIAP BUAT KAJIAN AGAKNYA..

      Delete
  8. Penipuan yang terancang. Alhamdulillah...tak masuk perangkap. Thanks for sharing. Kena hati2 lepas ni. Peringatan utk saya juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NI NAMANYA JENAYAH TERANCANG.. BUKAN SPONTAN..

      Delete
  9. INi betol2 panjang punya entri... dah macam cerpen dah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CERPEN = CERITA PENDEK. CERPAN = CERITA PANJANG KE? :)

      Delete
  10. apapun lepas nie ndak ada yang terkena

    ReplyDelete
  11. terima kasih kerana share pengalaman nie... sekurang2nya... kalau ia terjadi kepada saya mahupun sesiapa yg disekeliling sy..boleh saya ceritakan kepada mereka..supaya tidak tertipu...
    huhuhu~

    ReplyDelete
  12. CMA : YE.. SAMPAI-SAMPAIKAN LAH KEPADA TEMAN-TEMAN YANG LAIN AGAR MEREKA JUGA TIDAK TERTIPU..

    ReplyDelete
  13. Tapi saya ada kawan mengalami nasib yg lg teruk.dia xnak trus tertipu,dan xambil peduli.tp penipu telefon dan mengugut untk mencederakan anak isteri dia jika dia tidak membayar sejumlah wang.penipu mempunyai alamat rumahnya....

    ReplyDelete
  14. Tapi saya ada kawan mengalami nasib yg lg teruk.dia xnak trus tertipu,dan xambil peduli.tp penipu telefon dan mengugut untk mencederakan anak isteri dia jika dia tidak membayar sejumlah wang.penipu mempunyai alamat rumahnya....

    ReplyDelete
  15. Assalam.. saya baru je terima panggilan yang sama.. sebiji mcm en. Fairus ni. Apa muslihat dorang yea? Kalau nak tau, sehari sebelum saya terkena, suami saya juga terima panggilan yg sama dgn jumlah hutang tertunggak juga sama, RM3ribu lebih. Nak buat mcm mana ek? saya terima panggilan ni last week, Jumaat, 30 Nov. 2012.

    ReplyDelete
  16. ZAWIN : PASTIKAN ANDA TIDAK MEMBERIKAN APA-APA NOMBOR AKAUN ATAU NOMBOR KAD KREDIT.. KALAU TELAH BERI, ELOK LAPORKAN KEPADA PIHAK BERKUASA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasenye tak bg no akaun, cuma no ic, jumlah wang dlm akaun yg aktif. hampeh betul org tu (Steven katenye).. kejap lagi nk check ngn Unifi la. smlm saya call no. yg difahamkan no Bank Negara tu. tp line mcm tk betul je..

      Delete
    2. NOMBOR TELEFON BANK NEGARA YANG DIBERIKAN TU PALSU.. ORANG DIA JUGAK..

      Delete
  17. saya baru jer dapat panggilan utk tunggakkan unifi..walhal xpernah pun langgan..menakutkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NASIB BAIK AWAK TAK BERI NO AKAUN BANK ATAU KREDIT CARD..

      Delete
  18. Salam, td baru shj pengalaman pelik cm nie berlaku tp bukan saya mangsanya tp mak saya....petang td mak sy dpt no dari mulanya 100+ x taula brapa byk nombornya....pas tu die kt sila tekan no.9 utk ke bahagian pegawai bertugas mcm operator ckp....pas tu die kt mak yg ad bil tertunggak sbyk RM3000+ perlu dibyk...mak sy balas bil ap tertunggak byk tue(mk sy agak curious sbb sblom nie pun ad byk bil tertunggak tp bukan yg byk camnie)....mak sy agak terkejot lalu pegawai tu kt lagi..."puan ad guna line gigolo dan smpai skrg masih blom byr, RM3000+"....lps tu mak sy kata sy x de guna line tu....pegawai tu balas balik "eleh, dh guna line pas tu x mau bayar"...pelikla...aduhai kes ni memang bg ak naik hangin satu badan sbb mak syak yg saya gunakan bende2 camni....ya allah..nie mungkin dugaan...

    ReplyDelete
  19. Salam, td baru shj pengalaman pelik cm nie berlaku tp bukan saya mangsanya tp mak saya....petang td mak sy dpt no dari mulanya 100+ x taula brapa byk nombornya....pas tu die kt sila tekan no.9 utk ke bahagian pegawai bertugas mcm operator ckp....pas tu die kt mak yg ad bil tertunggak sbyk RM3000+ perlu dibyk...mak sy balas bil ap tertunggak byk tue(mk sy agak curious sbb sblom nie pun ad byk bil tertunggak tp bukan yg byk camnie)....mak sy agak terkejot lalu pegawai tu kt lagi..."puan ad guna line gigolo dan smpai skrg masih blom byr, RM3000+"....lps tu mak sy kata sy x de guna line tu....pegawai tu balas balik "eleh, dh guna line pas tu x mau bayar"...pelikla...aduhai kes ni memang bg ak naik hangin satu badan sbb mak syak yg saya gunakan bende2 camni....ya allah..nie mungkin dugaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MACAM2 CARA PENIPU NAK DAPATKAN DUIT SEKARANG NI..

      Delete
  20. suami saya bru terkena tadi,melayang 5k...YA ALLAH...sedih sangt2...tektik yg digunakan sama saja..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ADUH.. KESIANKAN KAMU.. LEPAS SAYA KENA TU, ADA SEKALI LAGI TEKNIK YANG SAMA TELEFON SAYA.. SAYA LAYANKAN JE, LAST2 SAYA LETAK JE TELEFON.. PEMBOHONG BESAU!!

      Delete
  21. salam bro. macam mana saya boleh contact u untuk share cerita ni dalam newspapper

    ReplyDelete
  22. trima kasih bro...baru tadi jd kes mcm ni...slmat google dlu...baru tau cite sebenar...trima kasih

    ReplyDelete
  23. salam.. sy baru je dpr call mcm ni. kononnya ade bil trtunggk 3000+ . mcm sme kes je. apa patut saya lakukan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. JUST IGNORE.. KALAU SUDAH BERIKAN NOMBOR-NOMBOR AKAUN, ELOK BERHUBUNG DENGAN BANK..

      Delete
    2. As-Salam, sy nk tanye sy br dpt panggilan konon kate sy ade hutang dr ambank.. Die mntk nama penuh & ic.. Lpstuh die snyp teros.. Sy agak risau & buat report polis.. Yg nk taw samada bole x die wat ape2 hanya melalui nama & ic sahaja?

      Delete
    3. Sy nk tanyekn.. Td br jer org call konon kate sy de hutang ngan ambank.. Die tanye nama & ic lpstuh snyp teros.. Sy nk taw bole ker die wat ape2 hanya melalui nama penuh & ic sahaja?

      Delete
    4. W'SALAM.. ERM, TAK PASTILAH SAYA.. TAPI LAIN KALI PERLU BERHATI-HATI..

      Delete
  24. Hubby sy bru terkena.Melayang 2.4k. Lepas tu bru tsedar mcm ade yg xkene sbb musibat tu suruh buang resit after bank in duit. Hubby sy trus korek2 bru tahu yg die kene tipu. Now, dh jd kes polis. Bank bgtau duit masuk dlm acc musibat tu sehari cecah 76k. Perghh! Mudah btol mkn duit org.

    ReplyDelete
  25. sy nak certa tiap2 bulan sy dapat SMS katanya dari celkom mmberitahu bill sy yg tertunggak lebeh tinggidari bill sy yg sabenar sy abaikan saja sy teruskan membayar ikut bill. Skrang penipuan berbagai....tp ingatlah perjanjian Allah itu pasti........

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.