Monday, October 15, 2012

SISTEM AES : BAIK ATAU BURUK?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekarang ini masyarakat sedang sibuk berkata tentang Sistem AES - Automated Enforcement System atau dalam Bahasa Melayunya Sistem Penguatkuasaan Automatik yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Hati-hati Bro...

Ada yang bersetuju untuk sistem ini dilaksanakan dan ada pula pihak yang membangkang untuk pelaksanaan sistem ini. Walaubagaimanapun, kita perlulah menganalisa kebaikannya dulu. Bagi pendapat saya secara peribadi, sistem ini adalah bagus untuk dilaksanakan tetapi perlulah mengatasi segala kekurangan / keburukan sistem ini dengan sempurna.

Memang tidak dinafikan bahawa sistem ini adalah sebuah 'mesin' yang tidak lari daripada berlaku silap dan salah, justeru langkah-langkah untuk meminimakan kesalahan tersebut haruslah dijalankan dengan pemantauan yang kerap dari masa ke semasa. 

Berikut adalah kebaikan dan keburukan yang dijangka berlaku dalam pelaksanaan sistem ini :

KEBAIKAN 

1. Mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

2. Memupuk sikap berhati-hati bagi setiap pengguna jalan raya.

3. Mendisiplinkan pengguna jalan raya supaya sentiasa patuh pada peraturan jalan raya dan isyarat-isyarat jalan raya yang telah ditetapkan.

4. Menjadikan pengguna jalan raya di Malaysia sebagai pengguna jalan raya yang berhemah.

5. Bukan sekadar mengesan kesalahan memandu melebihi had, ia juga berperanan untuk mengesan kesalahan-kesalahan lain seperti memotong di garisan berkembar, tidak memakai tali pinggang keledar, tidak memakai topi keledar, melanggar lampu isyarat, membawa lebih had muatan dan pelbagai lagi.

6. Mengesan kenderaan penjenayah yang sedang diburu.

KEBURUKAN

1. Sistem rosak.

2. Salah saman kerana disebabkan nombor pendaftaran kenderaan dipalsukan.

3. Mungkin seorang pengguna akan banyak menerima saman dan tidak mampu membayar seterusnya saman tidak dibayar.

Begitulah kebaikan dan keburukan Sistem AES ini daripada penaksiran saya. Bagi pendapat saya ada baiknya juga sistem ini dijalankan untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya dan secara tidak langsung akan mengurangkan kadar kemalangan.

Sebelum mendapat lesen memandu, kita sudah terlebih dahulu belajar undang-undang jalan raya secara teori dan praktikalnya. Jadi, kita sememangnya sudah tahu akan sesuatu undang-undang jalan raya. Oleh itu, undang-undang haruslah dipatuhi, sekiranya kira mampu melanggar undang-undang bermaksud kita tidak patuhinya dan sanggup membayar saman.

Bagi saya, undang-undang sudah jelas lagi nyata, kalau kita tidak patuhi kenalah saman. kalau kita patuhi tiadalah saman. Senang cerita "langgar undang-undang jalan raya = saman" atau "patuhi undang-undang jalan raya = tiada saman".

24 comments:

  1. Manusia tak sempurna. Kdg2, bwk kete...terlebih had laju. Had laju 90 tp kite terbawak 91...pun dah ley kena saman. Tapi tulah...tak sempurna kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEBAB ITULAH DIPERKENALKAN SISTEM INI SUPAYA MANUSIA JADI SEMPURNA TANPA LEKA DAN LALAI.

      Delete
  2. kita ambillah kebaikannya.. utk kebaikan bersama juga kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL TU FIZA.. KITA KENA FIKIR BAIK.. KALAU ASYIK FIKIR BURUK SAJA, BURUKLAH JADINYA..

      Delete
  3. senang cerita, kalau tak nak kena saman, kena berusaha agar tidak melanggar undang2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL TU BONI.. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG UNTUK KEBAIKAN JUGA, BUKAN UNTUK KEBURUKAN..

      Delete
  4. hmmm rata2 masyarakat kita nie.. hanya suka memandang keburukan sistem AES jer.. xnak fikir dan renung2kan kebaikan yg ada.. hanya tahu melenting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu CMA, cubalah org yang suka membantah tu fikir yg positif. Ini tidak, dalam kepala kerap fikir negatif, negatif dan negatif.

      Delete
    2. btol tu...kalau kita asyik fikirkan yg negatif... maka.. negatif laa yg akan berlaku dalam diri kita.. sebab kita dah set dalam minda kita.. yg ianya tidak baik.. kita sendiri yg nak menjadikan benda itu susah.. maka susah laa ia dalam hidup kita kan..

      Delete
  5. Saya pun tggu surat saman sampai..dlm pekan banting saje ada brp bnyk AES..sy x kesah sbb sy memandu cara yg berhemah...insyAllah.
    Kalau yg tak suka tu mesti ada sebab musabab lainnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tak suka tu memang dasar apa orang buat semua tak betul. Diri dia saja yg betul..

      Delete
  6. apapun sebenarnya semuanya ada pro dan kontra, begitu juga perpepsi masyarakat,adalah lebih baik sistem ini jelas dan di perjelas dari menimbulkan kekeliruan, bukan sekadar sistem saman ekor yang dipertingkatkan....

    ReplyDelete
  7. Setuju ngan fara. Apa pon, mana yg baik kita ikut. Patuhi undang2 jalanraya ☺☺

    ReplyDelete
  8. uncle tiada masalah... sebab uncle bawak kereta macam siput

    ReplyDelete
  9. Berhati-hati di jalan raya...patuhilah undang-undang yang ada.Selalu beringat sebelum kena.


    ReplyDelete
  10. UNCLE GEDEK : YE KE MACAM SIPUT ATAU MACAM RIBUT..?

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. CIKGU TIE : HIDUP BERLANDASKAN AL-QURAN DAN UNDANG-UNDANG..

    ReplyDelete
  13. KANCIL : SAMALAH.. SETUJU JUGAK..

    ReplyDelete
  14. mesin ni tepat sgt ke???kalau ade ralat kesian la kt pemandu2 yg tak bersalah...let say, if the system 90km/h +/- 5 km/h...i'll definitely support this system...
    remember..it just a machine design by human being..it's must not be perfect!!!

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.