JANA PENDAPATAN DENGAN TELEFON BIMBIT

Chenta Creative Hijab

Followers

Thursday, October 25, 2012

PAMERAN SOLO SHAMSUL BAHARIN @ GALERI SENI RAKYAT, MELAKA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada hari ini saya ingin mempromosikan satu pameran lukisan yang sedang berlangsung di Galeri Seni Rakyat, Melaka yang bertajuk Pameran Solo : Shamsul Baharin. Pameran ini berlangsung di Galeri Seni Rakyat bermula secara rasmi pada 1 November 2012 hingga 1 Januari 2013.

Bagi mereka yang berminat pada seni lukisan, bolehlah hadir untuk melawat pameran ini yang mana, lukisan-lukisan yang dihasilkan adalah dari media cat minyak yang dilukis di atas kanvas. Harga-harga lukisan amat berpatutan bermula dari RM 2,500.00 hingga RM 7,500.00.

Apa yang baiknya, 30 % hasil jualan lukisan-lukisan ini akan didermakan kepada badan-badan amal seperti rumah-rumah anak yatim yang terpilih. 

Di bawah ini saya sertakan gambar pelukis dan beberapa karya yang dipamerkan di Galeri Seni Rakyat, Melaka. Jom Ramai-ramai kita saksikan pameran ini. :) 

Shamsul Baharin

Impastorektif 2

Impastorektif 4

Impastorektif 9

Impastorektif 17

4 comments:

  1. nampak conteng2 jer tp mahal plak harganya...itulah nilai seni, bg sy yg tak brp mengerti ini rasa macam tak berbaloi plak nak beli...

    tapi saya sangat suka memerhati lukisan dn blm pernah lagi membeli mana2 lukisan di pameran yg sy kunjungi.

    ReplyDelete
  2. PCL : BUKAN SEMBARANGAN PUNYA HASIL SENI NI.. BUKAN MELUKIS CARA BIASA.. IA MENGGUNAKAN TEKNIK IMPASTO.. MEMANG UNIK..

    ReplyDelete
  3. kalau dapat set cat minyak nie boleh cuba melukis dengan topi payung, dulu minat melukis tapi bukan bakat semulajadi, kalau bakat semulajadi tu dia lukis kat lantai ke kat dinding ke kat batu ke semua jadi... itu yang meleleh tengok nak kopek tak dapat bila seorang kawan melukis di dinding rumah sewanya di penang, bila pindah dia kena padam balik keh keh keh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA PUN MINAT MELUKIS.. TAPI TAK PANDAI MELUKIS.. HEHE, BOLEH CAMTU..

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...