Sunday, October 21, 2012

BANGGA DENGAN KAMU MUHAMMAD ZULFAHMI KHAIRUDDIN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Nampaknya bahang Piala Malaysia 2012 telah melaburkan tirainya dengan kemenangan kepada pasukan Kelantan dengan jaringan 3 - 2 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
 
Tetapi kita dibahangkan lagi dengan kebangkitan seorang anak muda bernama Muhammad Zulfahmi Khairuddin iaitu seorang pelumba Grand Prix Moto3 yang sedang menempa nama di mata dunia. Pada ujian masa Grand Prix Moto3 di Malaysian GP Race, Sepang 2012, beliau telah mendapat kedudukan di petak pertama.
 
Ini dilihat sebagai sesuatu yang mungkin akan mengembirakannya kerana beliau berlumba di gelanggang sendiri iaitu di Sepang dan hari tersebut merupakan hari lahirnya yang ke 21.
 
 
Sedikit maklumat / biodata beliau :
 
Nama Sebenar :
 
Tarikh Lahir :
20 Oktober 1991
 
Tempat Lahir :
Banting, Selangor
 
Tinggi :
168 cm
 
Berat :
56 kg
 
Pasukan :
AirAsia - SIC - Ajo
 
Jentera :
KTM
 
Sebenarnya saya juga mengikuti perkembangan pelumba muda negara ini. Memang beliau merupakan pelumba yang mempunyai bakat besar dan mungkin akan menjadi pelumba yang terbaik pada masa hadapan. Memang beliau belum pernah menaiki sebarang podium tetapi kebanyakan perlumbaan beliau dapat memperoleh mata.
 
Sebenarnya saya terfikir juga, sekiranya beliau berjaya menaiki podium tidak kiralah di tempat pertama, kedua atau ketiga, adakah beliau akan memegang dan menyembur botol minuman arak setelah menerima piala? Saya harap beliau masih dalam fikiran waras dan mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak dibenarkan Islam. Saya amat berharap juga agar ;beliau berjaya menaiki podium pada Malaysian GP 2012 ini.
 
Harap Zulfahmi tidak melakukan aksi ini apabila berjaya menaiki podium
 
Apa-apapun, jom kita layan gambar-gambar Muhammad Zulfahmi Khairuddin semasa dalam perlumbaan Grand Prix Moto3.
 
Muhammad Zulfahmi Khairuddin

Nombor 63

Lambaian kepada penonton

Semasa perlumbaan yang lepas

@ Litar Sepang
 
 
Sumber rujukan : Zulfahmi Info

9 comments:

  1. wak dh lama X tengok jaguh kampung gituu.. ehhhee

    ReplyDelete
  2. WAK : JAGUH KAMPUNG KE JAGUH DUNIA.. :)

    ReplyDelete
  3. WAH.. AKHIRNYA ZULFAHMI DAPAT NAIK PODIUM DI HALAMAN SENDIRI.. MALAYSIA GRAND PRIX 2012 KATEGORI MOTO3, ZULFAHMI MERAIH TEMPAT KEDUA.. TAHNIAH FAHMI..

    ReplyDelete
  4. permata negara kita.... memang beliau adalah pelumba terbaik negara... dan.. alangkah bagusnya, sebab beliau masih muda..dan banyak lagi masa untuk dia terus menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik :)

    ReplyDelete
  5. BONI : YE, HARAP BELIAU TERUS MENINGKAT DAN AKAN BERALIH PADA MOTOR GP PADA SUATU HARI NANTI..

    ReplyDelete
  6. CMA : HARI LAHIR YANG BERMAKNA BUAT BELIAU..

    ReplyDelete
  7. bangga saya sebagai org banting :-)
    tahniah dan smg trs mncipta nm di peringkat antarabangsa! amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA PUN BANGGA JUGA WALAUPUN BUKAN ORANG BANTING.. :)

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.