Thursday, September 27, 2012

TERIMA KASIH TENAGA NASIONAL BERHAD


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Kadangkala, sesuatu yang dibuat dengan baik itu seharusnya diberikan pujian. Janganlah kita menafikan sesuatu kebaikan yang telah dilakukan. Ucaplah terima kasih, ia tidak sesukar mana pun.
 
Sebenarnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota Tenaga Nasional Berhad negeri Melaka kerana dengan pantas mengambil tindakan untuk membaiki bekalan elektrik yang telah terputus di beberapa kawasan terutamanya di taman perumahan tempat saya tinggal.
 
Nak dijadikan cerita, pada pukul 1 lebih pagi semalam saya tersedar dari tidur kerana terasa bahang akibat kipas tidak dapat berfungsi. Isteri dan anak-anak saya turut bangun kerana masalah yang sama. Akibat tidak mahu menanggung kepanasan dan sukar untuk tidur, saya telah mengambil telefon bimbit dan membuat aduan kepada Tenaga nasional Berhad (TNB) dengan hanya menaip mesej tentang masalah bekalan elektrik di taman perumahan saya dan terus menghantarnya pada nombor 15454.
 
Lebih kurang 15 minit selepas saya menghantar mesej tersebut, telefon bimbit saya berdering dan yang menghubungi saya ialah operator TNB yang mahu membuat pengesahan apakah masalah yang berlaku. Saya telah menjelaskan semuanya pada beliau dan beliau mengatakan bahawa pasukan mereka akan tiba dalam masa terdekat untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah tersebut.
 
Saya terus menanti dengan sabar, saja mahu mengetahui sama ada pihak TNB mengambil tindakan atau tidak akan aduan saya itu. Dalam jangkamasa 20 ke 30 minit setelah pihak TNB menghubungi saya, didapati bekalan elektrik di taman perumahan tempat saya tinggal kembali sempurna. Alhamdulillah, selepas itu kami sekeluarga dapat melelapkan mata dengan lenanya hingga ke pagi.
 
Apa yang saya cuba sampaikan ini ialah tentang kekaguman saya terhadap perkhidmatan TNB yang kian baik dan terus cemerlang. Dulu pernah sekali lampu jalan di hadapan rumah saya tidak menyala, dengan kadar segera saya lihat lori TNB datang dan membaikinya. Begitu pantas, saya amat gembira dengan perkhidmatan yang diberikan.
 
Kini pula, mereka membuktikan keprofesionalan dan kecemerlangan mereka dengan melayan aduan dengan pantas. Sebenarnya saya tidak berapa pasti sama ada saya merupakan pengadu tunggal pada hari tersebut namun kepantasan mereka bertindak atas aduan adalah teramat baik sekali. Mereka terus bertindak membaiki kerosakan walaupun ketika itu cuaca masih hujan dan kilat saling sabung menyabung.  Tahniah dan terima kasih saya ucapkan.
 
Terbaiklah TNB...
 

16 comments:

  1. di tempat saya pula dulu tak ada hutang diorang potong bekalan, dalam senarai potong ada tapi jumlah hutang tiada tapi potong juga, yang hampeh mengadu tengahari, malam baru ada bekalan, paling hampeh dalam tel kata sedang buat kerja penyambungan dirumah tapi kita dirumah tak nampak siapa pula....,

    ReplyDelete
  2. IARYYLR : ALHAMDULILLAH, DI TEMPAT SAYA MEMANG BAIK PERKHIDMATANNYA.. TAPI.... KENAPA BIL ELEKTRIK SEKARANG DAH NAIK..

    ReplyDelete
  3. oo malam yang hujan kuat tu ke? rumah saya electric sampai trip. tapi sampai ke pagi la tak on kan balik sebab takut punya pasal nak bangun dalam gelap tu. haha. nasib sejuk sebab hujan

    ReplyDelete
  4. Pantas bertindak. Mcm ni lah yg kita nak. Tahniah TNB melaka ☺☺

    ReplyDelete
  5. terbaik...di Sabah plak dikenali sebagai SESB..

    ReplyDelete
  6. Sy rs, setakat ni TNB agak cpt bertindak....

    ReplyDelete
  7. wahhh syabas TNB melaka... mereka menjalankan tugas dgn pantas

    ReplyDelete
  8. LYA : A'AH.. DUA MALAM YANG LEPAS..

    ReplyDelete
  9. FIZA : MANA-MANA JABATAN DAN AGENSI JUGA PERLU BERTINDAK PANTAS ATAS ADUAN AWAM..

    ReplyDelete
  10. UMRAH : SESB TU MACAM MANA? OK TAK?

    ReplyDelete
  11. FARA : A'AH, SAYA PUN BERASA BEGITU..

    ReplyDelete
  12. waa...tahniah kepada TNB.. cekap dan pantas...
    keep up the good work..
    aku takleh tido kalu takder kipas...

    ReplyDelete
  13. MADAM : TAK SALAH LE YANG AKU DENGAU TNB MELAKA NI ANTARA YANG TERBAIK..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...