Tuesday, September 18, 2012

MUDAHNYA BERNIAGA SECARA DALAM TALIAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Zaman sekarang ramai orang suka meniaga. Meniaga sama ada secara konvensional mahupun secara dalam talian. Di dalam Muka Buku Facebook misalnya, pastinya kita dapat melihat kenalan-kenalan kita berniaga dalam talian seperti menjual tudung, pakaian wanita dan pakaian lelaki, jersi bola sepak dan sebagainya.
 
Bagi saya, tidak mengapalah rakan-rakan kita di Muka Buku Facebook itu hendak menjual apapun, sepertimana kita sering mengatakan ingin melihat Melayu maju, maka kita pun kenalah sokong rakan-rakan kita berniaga kecil-kecilan. Walaupun kita tidak membeli, sekurang-kurangnya apa yang mereka iklankan turut terpapar pada Dinding Muka Buku Facebook kita. Secara tidak langsung, kita turut mempromosikan apa yang rakan-rakan kita jual.
 
Melalui pengalaman dan pengamatan saya secara peribadi, saya lihat berniaga di dalam talian ini juga membolehkan sesuatu barang terjual dengan cepat. Pada suatu masa dahulu, saya ada meletakan satu barang terpakai berupa bluetooth headset dan headphone. Saya iklanlah di Mudah.my. Apa yang menariknya, tidak sampai satu hari, sudah ada orang yang membeli barang yang saya jual.
 
Ada satu lagi pengalaman, ada satu ketika dahulu saya ada menjual sebuah tin Milo lama keluaran 1960-an yang saya iklankan juga di Mudah.my. Sama juga, saya menyiarkan di Mudah.my pada sebelah siangnya kemudian disebelah malam sudah ada yang membelinya. Nampak begitu mudahkan berurusniaga di dalam talian?
 
Dan baru ini sahaja, seorang kenalan Muka Buku Facebook ada mengiklankan 6 buah Van Mini Milo dengan harga RM 300 ++. Saya lihat tidak sampai 1 jam ia sudah terjual. Lumayan bukan? Tidak sampai sejam mengiklankan sesuatu barang, ia sudah terjual.
 
Saya bukanlah seorang peniaga secara talian yang tegar. Sekiranya ada barang sahaja saya akan mengiklankan di Muka Buku Facebook atau di Mudah.my. Bagi mereka yang sememangnya berniaga di dalam talian, teruskanlah usaha anda, jangan putus asa. Bagi rakan-rakan lain, berilah sokongan pada rakan anda yang meniaga di dalam talian. Janganlah pula kita sekat mereka di dalam Muka Buku Facebook, kerana iklannya memenuhi Dinding Muka Buku Facebook  kita. Kata sokong Melayu meniaga tetapi rakan baik kita meniaga dalam talianpun kita sudah irihati. Macam manalah Melayu mahu maju... 
 
Apa-apapun, bagi yang bekerja, sekiranya sudah meniaga secara dalam talian, jadikanlah ianya sebagai pendapatan sampingan. Janganlah sampai kerja sampingan ini menjadikan kita terlupa yang kita mempunyai kerja yang hakiki. Jangan sampai ia menganggu masa bekerja kita.

8 comments:

  1. taw sal nie tapi masih ndak mahu mencuba...hehehe

    ReplyDelete
  2. saya sendiri pon sokong kengkawan yg jual barang melalui on9.. lagi2 tudung... sebab agak susah sket nak dapat tudung labuh.. kalo kat fb nie.. dapat laa jugak kenal beberapa pengedar tudung labuh :)

    ReplyDelete
  3. saya pernah beli baju,handbag, novel dengan biskut secara on9. hehe

    ReplyDelete
  4. Sy mmg sokong Melayu meniaga..x kira dlm atau luar intrnt..semangat mcm ni kena teruskn walaupun ada yg buat onar tp tak semua, kena bijak buat pilihan.

    ReplyDelete
  5. skrg ni mmg kebanyakkan buat bisnes dlm talian aje.. dan sya sokong juga kata2 fairus tu kalau bekerja dan berniaga on9 ni kenalah pandai2kan.. jgn libatkan waktu bekerja kat opis lak...

    ReplyDelete
  6. KANCIL

    CMA

    LYA

    PCL

    QUEEN

    TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKAN KOMEN..

    ReplyDelete
  7. betul..sekarang ni berniaga online dah jadi fenomena.. betullah cakap orang, sekarang, semuanya di hujung jari.hehe

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.