Friday, September 14, 2012

LAYAKKAH TELEFON BIMBIT DIGELAR TELEFON???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Teknologi telefon bimbit bergerak semakin laju. Bagi yang gilakan teknologi, pastinya akan kerap menukar telefon bimbitnya supaya sehaluan dengan teknologi terkini. Bagi yang tidak menitikberatkan teknologi seperti saya ini, gunalah saja telefon cabuk yang hanya boleh membuat panggilan sahaja.

Sekiranya dulu saya mula menggunakan telefon bimbit Erickson T10, hahahaha yang hanya boleh membuat panggilan dan beberapa aplikasi ringkas. Tetapi kini telefon bimbit sudah bukan sekadar telefon bimbit. Pelbagai aplikasi yang terdapat dalam telefon bimbit sekarang seperti kamera, video, internet, muzik, kalkulator, kalender, permainan, jam loceng dan pelbagai aplikasi yang kita tidak sangka ianya boleh berada di dalam telefon bimbit. Kadang terfikir, layakkah ia dinamakan telefon bimbit lagi sedangkan di dalamnya pelbagai aplikasi yang ada hingga menenggelamkan fungsinya sebagai telefon.

Begitulah hebatnya teknologi, kalau di zaman Nokia 3210 dan Erickson T10 dahulu, kita mungkin tidak menyangka bahawa telefon bimbit akan menjadi inovasi yang begitu hebat seperti sekarang. Sekarang ini pula, heboh orang berkata tentang iPhone 5. Kalau saya ni, setakat tahu begitu-begitu saja, tidak terlalu mengikuti teknologi, pasal iPhone 5yang hangat diperkatakan ini saya tidak peduli sangat.


Namun, saya tetap menaruh hati juga pada iPhone 5. Dalam diam-diam saya duduk menggosok-gosok telefon bimbit saya yang INI supaya ia bertukar kepada iPhone 5. :)

Seperti di awal perenggan saya katakan tadi, telefon bimbit sekarang sudah pelbagai aplikasi di dalamnya sehingga tidak tahu ianya masih boleh digelar telefon. Apatah lagi jika dikaitkan dengan iPhone 5, lagilah pening. Nak kata telefon, pelbagai aplikasi yang terdapat di dalamnya. Nak kata ianya PC / laptop tak boleh kerana ia mempunyai fungsi sebagai telefon. Jadi terpulanglah pada masing-masing menafsirkannya.

(Ps : Siapa yang belum tahu spesifikasi iPhone 5, bolehlah klik di SINI.)

12 comments:

  1. hmmm saya ni... pakai sony ericson j20i je...

    agak susah nak bertukar2 henpon.. mgkin sebab xminat sgt gadget2 nie kan...

    sebab henpon ni..just nak wat call n sms je pon..

    lgpon... kalau beli henpon terlebih canggih nie... penjagaan tu kena teliti... silap2... terbang $$$ alkamlum lerrr benda mahal kan...

    ReplyDelete
  2. saya guna samsung..tp yg murah je..hehe

    ReplyDelete
  3. saya nak beli samsung s3 sebenonye...

    ReplyDelete
  4. saya pun sampai tak faham apa function2 yang ada dalam telepon tu sebab terlalu canggih.. nasib baik minat saya tak kepada telefon2 tu, saya lebih berminat dekat kamera.hehe..

    ReplyDelete
  5. NUR LAVENDER : SAMSUNG KIRA CANGGIH SUDAH TU..

    ReplyDelete
  6. GADISBUNGA : BELI.. JANGAN TAK BELI.. :)

    ReplyDelete
  7. BONI : SAYA KAMERA PUN TAK TAU.. HIHIHI..

    ReplyDelete
  8. itulah lah 'telefon pintar' namanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA BETUL.. TEPAT SEKALI.. TELEFON ITU YANG PINTAR.. YANG MENGGUNANYA TIDAK PASTI LAGI SAMA ADA PINTAR ATAU TIDAK.. :)

      Delete
  9. KANCIL : AKU MASIH DENGAN TELEFON CABUK.. :)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...