Tuesday, September 18, 2012

I'M MUSLIM AND WHY ALWAYS ME!!!




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
 
Terlebih dahulu ingin dinyatakan bahawa entri ini menggunakan Bahasa Melayu, hanya tajuknya sahaja dari Bahasa Inggeris supaya kononya ia boleh dibaca oleh Mat Saleh terutamanya dari Amerika.
 
Innocence of Muslims. Inilah provokasi terbaru pihak kafir latnatullah dalam memperkecilkan Islam. Filem Innocence of Muslims ini digambar benar-benar menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengambarkan Nabi junjungan kita ini sebagai seorang yang bodoh, kaki perempuan, menipu agama dan sebagainya. Jelas, ini amat bertentangan dengan kefahaman kita dan ia sememangnya perlu ditolak dan dibantah dengan lantang.

Sejak dari peristiwa serangan 11 September 2001 lagi masyarakat Islam disalahkan kononnya ia berpunca dari kumpulan jihad Islam iaitu Al-Qaeda yang telah melakukan serangan terbabit. Kumpulan ini diketuai oleh Osama bin Laden dan beliau dikatakan bertanggungjawab di atas serangan di World Trade Center (WTC) dan juga di Pentagon. Selepas itu usaha memburu Osama bin Laden dijadikan lesen bagi Amerika Syarikat untuk mengebom Afganistan dengan amat dahsyat sekali.

Usaha Amerika memerangi keganasan di Afganistan bermula sepjak Oktober 2001 namun orang yang paling mereka kehendaki iaitu Osama bin Laden hanya berjaya dibunuh pada tahun 2011. Setelah hancur dibuatnya bumi Afganistan, setelah ramai nyawa muslimin yang terkorban dan mengambil masa hampir 10 tahun berperang akhirnya Osama bin Laden dapat dihapuskan. Mengapakah Amerika yang mempunyai peralatan dan senjata moden dan canggih agak sukar untuk menjejaki Osama bin Laden.

Why Always Me!!!

Tidak cukup dengan Afganistan, pada Mac 2003, negara Islam Iraq pula telah diserang oleh Amerika. Kerana apa? Hanya kerana mereka mengandaikan bahawa negara Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran. Namun setelah puas berperang, satu senjata pemusnah pun tidak dapat ditemui dan dikesan. Tiada apa bukti yang diperolehi dan Kumpulan Peninjau Iraq yang diketuai Amerika sendiri membuktikan bahawa Iraq tiada langsung senjata pemusnah. Malah Presiden Iraq yang ditangkap dan telah dihukum gantung sampai mati telah dijatuhkan hukum di atas kesalahan yang lain.

Why Always Me!!!

Berbalik semula kepada pembikinan filem menghina Islam, Innocence of Muslims. Satu dunia sudah kecoh akan hal ini. Demonstrasi membantah filem ini merata-rata negara, baik dalam bentuk aman mahupun dengan kekerasan. Malahan telah ada yang mengorbankan nyawa pihak kedutaan Amerika beserta pegawai-pegawainya. Namun, Amerika hanya berdiam. Tiada usaha untuk mereka menarik semula penayangan filem ini. Malahan di You Tube, thriller filem ini terus dimainkan.

Sekiranya orang dalam berfikiran waras. Apabila melihat bantahan diseluruh dunia yang mengutuk pengeluaran filem ini, mengapa ia tidak dihentikan serta merta? Mereka seperti mahu melihat masyarakat Islam terus marah dan mengambil tindakan yang keras. Adakah ini juga boleh dijadikan modal dan lesen untuk mereka untuk memerangi orang Islam?

Why Always Me!!!

Pelbagai lagilah peperangan terhadap Islam berlaku di muka bumi ini. Baik di dunia Arab dan juga tidak terlepas juga di Asia Tenggara sendiri iaitu di Myanmar. Masyarakat Islam Rohingya dibunuh dengan kejam hingga beribu-ribu orang Islam Rohingya dibunuh. Apa peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam hal ini? Seharusnya, mereka dengan pantas menghantar bantuan askar pengaman untuk mententeramkan keadaan untuk mengelakan pembunuhan terus berlaku. Kini dilihat pembersihan umat Islam di Myanmar sedang dilaksanakan.

Why Always Me!!!

Kita di Malaysia ini harus bersyukur. Kita hanya mendengar perkhabaran peperangan dan keganasan umat Islam ini dari jauh sahaja. Ia tidak terjadi di dalam bumi Malaysia ini. Namun, kita perlu ingat, panas tidak semestinya sampai ke petang, mungkin juga hujan akan turun di tengah hari. Justeru, umat Islam di Malaysia harus bersatu. Tidak kiralah apa lambang sekalipun, kita perlu rapatkan saf. Jangan biarkan ada ruang sekecil zarahpun untuk pihak kafir untuk menjatuhkan kita.

Ingatlah, apabila kita berpecah, ramai yang suka sebenarnya. Orang kafir memang takut apabila Islam bersatu. Apabila kita bersatu, kita akan kuat dan orang kafir sukar untuk menandingi kita. Bak kata perpatah Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh. Ibarat sebatang lidi, senang untuk dipatahkan, tetapi apabila lidi menjadi seberkas, ia amat sukar untuk dipatahkan. Bersatulah wahai muslimin...

19 comments:

  1. semakin terserlah kekafiran mereka!

    ReplyDelete
  2. org yahudi nie.. tggu masa je nak tgk rakyat malaysia berpecah belah (terutama org islam)

    bila kita dah berpecah nnt... mula laa mereka nak masuk campur urusan negara kita pula...


    pasal filem tu... huhu~ sebenarnya... itu laa modal org kafir nak buat org islam marah lalu perangi umat islam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MOGA ALLAH TERUS MENYATUKAN ORANG2 ISLAM DI DUNIA INI. LEBIH2 LAGI DI MALAYSIA..

      Delete
  3. semoga negara kita sentiasa aman dan damai....

    ReplyDelete
  4. tapi yang kelakar tu, makin dorang buat macam2, semakin umat islam bersatu.. rasanya sekarang dorang semakin takut tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DIORAG NAK TAKUT APE.. KALAU UMAT ISLAM BERTINDAK, ITULAH DIJADIKAN LESEN OLEH MEREKA UNTUK BERTINDAK BALAS KEMBALI..

      Delete
  5. Smoga umat islam sentiasa bersatu padu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA.. PENTINGNYA KITA UNTUK BERSATU PADU..

      Delete
  6. ada yang tak kena sebenarnya... ianya bagai teka teki...

    ReplyDelete
  7. IARYYLR : BUKAN TEKA-TEKI LAGI BANG.. MEREKA MEMANG TAKUT PADA KEBENARAN YANG ADA PADA ISLAM..

    ReplyDelete
  8. kesian pada mereka...dan kita pun ndak mahu seperti mereka...

    ReplyDelete
  9. KANCIL : KITA KENA BERSATU PADU UNTUK MENUNDUKAN MUSUH KITA..

    ReplyDelete
  10. PERANG IRAN DAN IRAQ, PEMBUNUHAN SESAMA MUSLIM PUN ADA JUGAK KAN.. WHAT SAY U.

    ReplyDelete
  11. PEPERANGAN YANG BERLAKU SEKARANG NI KEBANYAKKANNYA DARI PADA NEGARA TIMUR TENGAH DI SEBABKAN OLEH PEPERANGAN KEKUASAAN UNTUK MEREBUT HARTA DUNIA. KALAU KITA TENGOK PEPERANGAN INI PUN BERMULA DARI NEGARA SEAGAMA SERUMPUN.
    PEMBUNUHAN ATAS MENEGAKKAN SESUATU YANG KITA RASA BETUL BUKANLAH JAWAPAN TETAPI PENYEBARAN KEDAMAIAN ADALAH JAWAPANNYA. SEPATUTNYA KITA MENYEBARKAN KEDAMAIAN ANTARA KAUM DAN AGAMA DAN BUKAN MENCURAHKAN MINYAK KE BARA API.

    ReplyDelete
  12. ANON : SAYA CUMA MAHU LIHAT NEGARA2 ISLAM BERSATU..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...