Thursday, September 6, 2012

GANGNAM STYLE = SAYA INGIN MENJADI YAHUDI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenar-benar pada mulanya saya tidak tahu menahu langsung pasal Gangnam Style ini. Saya mula tahu wujudnya Gangnam Style setelah membaca entri di blog mommyfara. Itu hanya tahu kewujudanya saja, belum lagi saya betul-betul tahu apa itu Gangnam Style.

PSY, Gangnam Style

Nak dijadikan cerita, satu malam saya cubalah melayari You Tube untuk mengetahui apakah itu Gangnam Style. Pada mulanya saya fikirkan ia merupakan "boyband" dari Korea, tetapi sebenarnya seorang penyanyi solo bergelar PSY yang tariannya yang agak luar biasa sehingga menjadi ikut-ikutan orang ramai.

Yang agak menakjubkan ialah sambutan yang tidak terhingga telah diterima oleh penyanyi ini sehinggakan di You Tube, jumlah hit yang menonton klip video Gangnam Style ini mencecah berjuta-juta hit.

Baru ni pula terdengar pula sesuatu yang negatif pasal Gangnam Style. Ada pula seseorang yang menyatakan bahawa maksud Oppa Gangnam adalah "Saya Ingin Menjadi Yahudi". Saya tidak pastilah samaada ada yang  akan terus mempercayainya tanpa usul periksa.

Melalui apa yang saya baca di blog dan facebook, jelas menidakkan maksud Oppa Gangnam ialah Saya Ingin Menjadi Yahudi. Melalui apa yang saya faham maksudnya seperti berikut :

OPPA = Panggilan hormat kepada lelaki yang lebih tua seperti abang atau encik.

GANGNAM = Salah satu nama tempat yang terdapat di Bandar Seoul, Korea Selatan. Jika dilihat hasil dari carian saya menerusi Google Map, jelas menunjukan Gangnam itu terletak di Korea.

Lokasi Gangnam
Oleh yang demikian, sekali lagi saya ingin katakan bahawa sila pastikan kebenaran sesuatu berita / khabar / kenyataan sebelum kita mengiyakannya. Walaupun niatnya mungkin baik supaya tidak mahu melekakan Orang Islam dengan Gangnam Style, namun dalam menyampaikan sesuatu hendaklah betul dan bukan dengan cara menipu.

12 comments:

  1. Jangan percaya bulat2 apa yg diterima. Kaji dan teliti terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  2. saya setuju dengan cara bro. apa2 pun, kita kena kaji dahulu benar tau salah sesuatu info tu sebelum menyebarkannya..

    p/s : saya pun tak berapa layan sangat sebenarnya gangnam ni.. tgk macam biasa2 je.hehe

    ReplyDelete
  3. BONI : TERIMA KASIH KERANA SETUJU..

    ReplyDelete
  4. owh ya..sy baru bincang2 dgn isteri ttg nih...dan ini juga baru kali pertama sy tahu ttg nih...sblm ni dgr2 saja, kebetulan masuk blog firuz sy dpt info..tq2, ..sy ni malas sikit nk searching info lg2 bab yg x berkenaan dgn kehendak sy.

    ReplyDelete
  5. SAYA PUN BUKAN BERMINAT SANGAT. TAPI SUDAH MELAMPAU SIKIT HALNYA. JADI SAYA HADIR UNTUKMERUNGKAIKAN..

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum ..

    Selamat Hari Raya sahabat ^^

    Maaf lama tak menjenguk ke sini. Kad raya telah sy terima dengan baik. Terima Kasih di ats ingatan anda. Tak sempat nk bls .. Insyallah, tahun depan la kot .. Hehehee

    Pasal demam "GANGNAM" ni sy stuju dgn pendpt anda .. Jgn percy bulat2 apa yg tertulis di alam maya. Perlu buat research sndiri jgak utk tahu kebenarannya ^^

    ReplyDelete
  7. WAALAIKUMUSALAM.. SELAMAT HARI RAYA JUGA BUAT KAMU DAN TERIMA KASIH KERNA MENYOKONG..

    ReplyDelete
  8. hmmm moon baru tau apa itu oppa gangnam style setelah asyik perasan byk sgt org post kat FB nie..

    bg moon... xyah laa kita terikut2 gaya dan tarian tu yg mengarut sgt... lagi2 org pompuan yg menari..aissshhh buruk rupa..

    tang lirik tu... xtau la plak kan.. sbb xpandai bahasa korea...maka...xtau la...

    hehe

    ReplyDelete
  9. MOON : SAYA MEMULA TAKNAK AMBIL TAHU. TETIBA JE NAK AMBIL TAHU SEBAB BERLAKUNYA KONTROVERSI BERKAITAN MAKNA OPPA GANGNAM..

    ReplyDelete
  10. senang je buat cerita jahat...apapun menyokong dengan kau geng

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...