Saturday, September 15, 2012

BANGUNAN STADTHUYS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa, entri ini ditulis sebagai sedikit rujukan dan panduan kepada para pengkaji dan pelajar-pelajar yang memerlukan maklumat berkaitan Stadthuys. Saya juga mendapat maklumat ini melalui rujukan dan pembacaan. Jadinya, sama-samalah kita saling berkongsi ilmu.

------------------------------------------

Apabila ke negeri Melaka, pastinya ada teringatkan Bangunan Merah di Bandar Hilir, Melaka. Bangunan Merah ini sebenarnya ialah sebuah bangunan muzium di mana ia dikenali sebagai Muzium Sejarah dan Ethnografi.

Pada awalnya, ia merupakan sebuah Dewan Bandaran semasa pemerintahan Belanda di Melaka. Nama asal bangunan ini ialah Stadthuys. Bangunan ini telah dibina sekitar tahun 1650-an setelah Belanda mengambil alih Melaka daripada tangan Portugis pada tahun 1641.

Dengan mengikut teres Bukit St. Paul, bangunan Stadthuys ini mempunyai 4 tingkat. Keluasan bangunan ini pula adalah 49,200 kaki persegi.



Bangunan Stadthuys ini pernah menjadi tempat kediaman Gabenor Belanda sehingga awal kurun ke-18. Selain itu, ia juga merupakan pusat pentadbiran Belanda sehingga tahun 1824.

Pada zaman pemerintahan Inggeris, bangunan Stadthuys ini terus digunakan oleh pihak British sebagai pusat pentadbirannya. Terdapat juga penambahan struktur bangunan yang dilakukan oleh pentadbiran British, namun ia tetap mengekalkan seni bina Belanda seperti dinding batu yang tebal serta pintu-pintu dan tingkap-tingkap yang besar. Fungsi pintu-pintu dan tingkap-tingkap yang besar ini adalah untuk memberikan pengudaraan yang lebih kepada bangunan yang besar ini.

Selepas zaman kolonial, bangunan Stadthuys terus dijadikan pusat pentadbiran oleh kerajaan negeri Melaka sehinggalah ke tahun 1979. Warna asal bangunan ini ialah warna putih namun ia telah dicat warna merah sehinggalah kini bangunan ini dikenali sebagai Bangunan Merah. Adalah dipercayai bahawa bangunan ini mula dicat dengan warna merah pada tahun 1920-an.

Antara ruang yang terdapat di dalam bangunan Stadthuys ini ialah pejabat Gabenor Belanda di mana di bahagian siling bilik ini terdapat hiasan ukiran kayu keras berbentuk bunga yang tidak terdapat di ruang-ruang lain di dalam bangunan ini. 

Selain itu, terdapat juga kilang Roti Belanda yang berfungsi untuk menghasilkan bekalan makanan berupa roti kepada Gabenor Belanda dan juga kepada para pegawai-pegawai. Dikatakan bahawa roti yang disajikan kepada Gabenor merupakan roti putih. Manakala roti coklat (terlebih masak) barulah diberikan kepada yang lainnya dan dijual.

Semasa kerja-kerja konservasi dijalankan di bangunan Stadthuys pada tahun 1985 yang mengambil masa 4 tahun, terdapat beberapa komponen dan jumpaan baru telah ditemui. Antaranya ialah sistem perparitan zaman Belanda di mana ia terletak di dalam bawah bangunan ini. Sekiranya dahulu, hanya dapat dilihat sistem perparitan zaman British di luar bangunan ini, setelah kerja-kerja konservasi dijalankan, barulah dijumpai sistem perparitan Belanda. Ia dipercayai berlingkaran di bawah bangunan ini hingga ke penghujung bangunan dan air terus disalurkan ke Sungai Melaka.

Terdapat juga jumpaan 2 buah perigi Portugis dan Perigi Belanda yang terletak di bahagian halaman bahagian dalam. Ia mungkin telah dikambus oleh pihak Belanda/British semasa kerja-kerja membina bangunan Stadthuys dan proses pengubahsuaian bangunan.Perigi ini dibina dengan menggunakan batu laterit yang sememangnya sinonim dengan binaan Portugis sepertimana mereka mendirikan Fortaleza De Malaca (Kota Melaka). Kini perigi ini dapat dilihat setelah kerja-kerja konservasi tersebut dijalankan. Namun, perigi ini telah kering dan tidak digunakan lagi.

Untuk memasuki kompleks Stadthuys ini para pelawat dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00 untuk dewasa manakala RM 4.00 untuk kanak-kanak. Pelawat yang mempunyai Mykad (pelawat Malaysia) diberikan diskaun 50% menjadikan bayaran tiket hanya RM 5.00 untuk dewasa dan RM 2.00 untuk kanak-kanak. Bayaran tiket ke kompleks ini bersekali dengan kemasukan ke Muzium Sastera, Muzium Pendidikan, Muzium Pemerintahan Demokrasi, Muzium Tuan Yang Terutama dan juga Galeri Laksamana Cheng Ho.

Like Facebook ini untuk maklumat lanjut >> KLIK <<

69 comments:

  1. Replies
    1. SAYANGNYA TAK MASUK.. INI ANTARA MUZIUM YANG WAJIB DIKUNJUNGI KALAU DATANG MELAKA..

      Delete
  2. Pernah belajar di Melaka 2 tahun tetapi tak pernah pulak masuk ke bangunan tu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. NANTI DATANG LAGI.. SAYA BOLEH JADI INHOUSE GUIDE..

      Delete
  3. dh byk kali masuk..haha..kalo xpnh msuk mmg saje la..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. WARISAN KEBANGSAAN NI.. KALAU ORANG WARISAN TAK MASUK, TAK TAU NAK CAKAP APE.. AWAL TAHUN DEPAN IA AKAN DITUTUP UNTUK KERJA-KERJA KONSERVASI SEKALI LAGI.. MUNGKIN TUTUP SETAHUNN.

      Delete
  4. dah lama tak pergi bangunan merah itu..

    kali terakhir jejak masa lawatan sekolah rendah je.. bila dah besar, tengok dari luar aje.. =)

    ReplyDelete
  5. FTR : JEMPUTLAH DATANG LAGI... :)

    ReplyDelete
  6. sape yg buat kerja2 konservasi tu bos?

    ReplyDelete
  7. NUR LAVENDER : DULU JKR YANG BUAT..

    ReplyDelete
  8. selalunya...kitorang berdiri kat luar dan bergmbar je... xpenah masuk...ngeeee~

    ReplyDelete
  9. ndak pernah masuk dan ndak tahu bila dapat masuk...hehehe

    ReplyDelete
  10. boleh bertanya ?
    pihak yang menguruskan stadthuys sekarang ni?pihak apa ya?
    -terima kasih-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang menguruskan Stadthuys ialah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

      Delete
  11. Siapakah yang menguruskan tempat tersebut?

    ReplyDelete
  12. pemilik bangunan merah

    ReplyDelete
  13. Tujuan dan kepentingan bangunan stadthuys ini ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tujuan pembinaan bangunan Stadthuys adalah sebagai pejabat Pentadbiran pemerintah Belanda di Melaka yang menempatkan pejabat gabenor Belanda dan tempat penginapannya.

      Delete
  14. Ouh..begitu terima kasih .. Bagaimanapula dengan bahan binaan membina bangunan merah dgn bentuk bangunan stadthuys ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaan binaannya terdiri daripada batu dan kayu. lantai di aras bawah menggunakan batu granit dan teracotta manakala lantai di tingkat atas ada yang menggunakan simen dan ada sebahagiannya daripada kayu. Pintu dan tingkap dibuat daripada kayu. Dinding-dinding, tempok dibina dengan menggunakan batu bata belanda dan dikemaskan dengan simen diluarnya.

      Delete
  15. Jenis bangunan ape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunan pentadbiran Belanda di Melaka pada zaman pemerintahan Belanda di Melaka.

      Delete
  16. Replies
    1. Fungsi dan keaadan bangunan stadthuys zaman dulu dan sekarang pula ?

      Delete
    2. Dahulu : Fungsinya sebagai pejabat pentadbiran Belanda di Melaka. Menempatkan pejabat Gabenor Belanda dan kakitangan kerajaan Belanda.

      Sekarang : Ia dijadikan muzium iaitu Muzium Sejarah dan Ethnografi yang juga terdapat Galeri Laksamana Cheng Ho di dalam bangunan ini.

      Delete
  17. Replies
    1. Bangunan bersejarah ..saya rasa

      Delete
    2. Bangunan Pentadbiran kerajaan Belanda di Melaka. Sekarang merupakan Muzium Sejarah dan Etnografi.

      Delete
  18. Apakah struktur bangunan stadthuys??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Struktur bangunan daripada batu-batan seperti di bahagian lantainya menggunakan batu granit, terracotta dan batu bata Belanda. Dinding-dinding dibina dengan batu bata Belanda dan disimen bahagian luarnya. Kayu-kayan yang keras juga digunakan di banyak bahagian seperti lantai, pintu, tingkap dan sebagainya. Bangunan Stadthuys merupakan bangunan hasil kepakaran dan pertukangan Belanda yang tertua di Timur.

      Delete
  19. kos pembinaan bangunan merah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak catatan yang terperinci bagi kos pembinaan Stadthuys, cuma apa yang terdapat di dalam data, pada tahun 2013 telah dilakukan kerja-kerja membaik pulih bangunan ini dengan kos RM 4.5 juta.

      Delete
  20. berapa kos pembinaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak catatan yang terperinci bagi kos pembinaan Stadthuys, cuma apa yang terdapat di dalam data, pada tahun 2013 telah dilakukan kerja-kerja membaik pulih bangunan ini dengan kos RM 4.5 juta.

      Delete
  21. Sebab bngunan stadhuys dibina?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dibina untuk dijadikan pejabat pentadbiran kerajaan Belanda di Melaka.

      Delete
  22. Mengapa bangunan dicat berwarna merah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna cat sebenar bangunan ini ialah putih. Tidak dapat dipastikan hal sebenar mengapa ia ditukarkan kepada merah (Melaka Red).

      Delete
  23. Tujuan bgnn dibina dgn lebih teliti please

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia dibina untuk dijadikan pejabat pentadbiran kerajaan Belanda di Melaka.

      Delete
  24. siapakah yang membina bangunan dan mengurus pembinaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang membinanya ialah Belanda sekitar tahun 1650-an. Sekarang yang menguruskan bangunan ini ialah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)

      Delete
  25. Macam mana tulis rumusan bagi bangunan stadthuys. Harap dapat reply dengan secepat mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumusan tu awak buatlah berdasarkan apa yang awak buat dalam folio tu.. Kalau awak beri saya copy folio awak, saya boleh beri rumusan.. Macam mana saya nak rumuskan sedangkan saya tak tahu apa intipati yang awak buat dalam folio tu?

      Delete
    2. Ciri bangunan?

      Delete
  26. 6.0 RUMUSAN
    Kesimpulannya, bangunan Stadthuys ini perlu dikekalkan selama-lamanya untuk menjadikan sebagai sumber utama tentang penjajahan Belanda di Melaka. Walaupun negara kita mencapai kemerdekaan tetapi bangunan yang dibina oleh penjajah tetap membantu negara kita dari segi ekonomi dan juga pendidikan. Pihak kerajaan seharusnya memelihara dan memulihara bangunan-bangunan sejarah seperti ini dan tidak dipersia-siakan begitu sahaja. Bangunan Stadthuys masih digunakan sebagai Muzium Sejarah dan Ethnografi yang mengalakan bilangan pelancong untuk berkunjung ke negeri Melaka.

    Bersyukur ke hadrat tuhan kerana dengan limpah kurniaNYA dapat saya sempurnakan kerja kursus ini bagi mata pelajaran SJH 3103 PENULISAN SEJARAH. Saya ialah Gokiladevi A/P Chandrakumar dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP Semester 5 2015 ). Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu EN. MOHD NOOR BIN CHIN diatas tunjuk ajarnya. Beliau telah banyak mendorong dan memberi pendedahan yang jelas tentang tugasan ini. Selain itu, rakan-rakan juga telah memberi banyak galakan untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

    Saya telah menghadapi beberapa kesulitan dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Pada mulanya , saya berasa agak kabur mengenai tugasan ini kerana taklimat yang diberikan pada peringkat awal tidak berapa jelas dan sukar bagi saya untuk memahaminya. Tambahan pula, saya merasakan tugasan kali ini agak berat dan rumit kerana memerlukan persediaan dan pengetahuan yang mendalam dalam penulisan sejarah. Selain itu , kesulitan untuk mencari maklumat yang tepat berdasarkan fakta melalui sumber – sumber yang boleh dipercayai. Namun demikian , saya amat berterima kasih kepada rakan saya yang sudi membantu saya. Bimbingan pensyarah dan perbincangan yang dijalankan bersama rakan – rakan yang lain membantu memudahkan saya melaksanakan tugasan ini. Walaupun buku yang terdapat di perpustakaan amat terhad saya mencari jalan penyelesaian dengan melawat tempat bersejarah di Melaka untuk mendapatkan maklumat melalui sumber pertama..

    Banyak pengajaran yang saya perolehi dari tugasan ini. Antaranya , menjadi lebih sabar dan berdisiplin di mana kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk mencari maklumat dan menyiapkannya pada tempoh yang diberikan. Saya juga berjaya menjadi seorang yang menepati masa di mana saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masa yang ditetapkan juga lebih komited terhadap kerja yang diberi dan berjaya menjadi orang yang fleksibel untuk berada dalam apa jua keadaan.

    Namun begitu, saya amat menyedari bahawa semua ini merupakan latihan awapi dikenali sebagai Muzium Sejarah dan Ethnografi kerjasama yang diberikan kepada saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menyiapkan tugasan ini.

    Akhir sekali,saya berasa sangat bertuah kerana dengan adanya tugasan ini ianya dapat membantu saya sedikit sebanyak menambah pengetahuan saya. Apabila ditempatkan di sekolah nanti, saya akan mencuba untuk mengaplikasikan ilmu ini di sekolah nanti agar generasi pelajar mendapat manfaat.


    Macam ni boleh tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seeloknya awak buat rumusan sendiri.. Ini rumusan dari pelajar universiti..

      Delete
  27. Inggeris ada guna bangunan stadthuys sebagai pusat pentadbiran tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Inggeris terus menjadikan bangunan ini sebagai pusat pentadbiran mereka di Melaka.

      Delete
  28. Jenis bangunan pls esok nk hntr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunan ini merupakan senibina Belanda yang dibina untuk dijadikan pusat pentadbiran Belanda di Melaka. Bangunan ini menempatkan pejabat-pejabat kerajaan dan pejabat gabenor Belanda.

      Delete
  29. Apakah latar belakang stadthuys ?

    ReplyDelete
  30. Apakah latar belakang stadthuys ?

    ReplyDelete
  31. Boleh saya tahu selain dari sistem parit dan perigi..ada tak kesan peninggalan penggunaan telegraph dalam bangunan merah tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang pasti. Macam tiada..

      Delete
    2. Memang ada sistem perparitan dalam bangunan ini.

      Delete
  32. Salam, betul ke kerja2 baikpulih untuk bangunan stadthuys ini dilakukan pada 2004 & 2013? sebab saya cari maklumat untuk recently work tak jumpa. tq

    ReplyDelete
  33. Apakah bangunan ini memelihara memulihara

    ReplyDelete
  34. Apakah bangunan ini memelihara memulihara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunan ini merupakan Warisan Kebangsaan. Memang dipulihara oleh kerajaan dengan kaedah-kaedah konservasi bangunan yang telah ditetapkan. Bangunan ini tidak boleh sewenangnya diubah dasarnya.

      Delete
  35. Siapakah yang membina bangunan ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belanda yang membina bangunan Stadthuys ini sekitar tahun 1650-an

      Delete
  36. kak suka melihat tinggalan sejarah

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.