Wednesday, August 8, 2012

OLIMPIK LONDON 2012 : SATU PENILAIAN RINGKAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sukan Olimpik 2012 kini sudah hampir sampai ke penghujungnya. Bagi peminat sukan pastinya setiap hari tidak mahu melepaskan aksi-aksi sukan yang bersiaran secara langsung di kaca televisyen. Tidak ketinggalan juga "cakap-cakap orang" mengenai penganjuran Sukan Olimpik 2012 kali ini yang diadakan di kota London.

Olympics London 2012

Sebelum bermulanya Sukan Olimpik ini lagi telah ada yang membuat penilaian sendiri bahawa Sukan Olimpik 2012 ini dipengaruhi oleh Protocol of Zion. Ini dapat dilihat dari logo Sukan Olimpik 2012 itu sendiri yang mana apabila "ditunggangterbalikan" akan kelihatan seperti perkataan ZION. Begitu juga dengan maskot untuk Sukan Olimpik 2012 yang bermata satu yang mempunyai perumpamaan seperti lambang Illuminati. Selain itu ada juga lambang-lambang seperti Illuminati yang terdapat di stadium.

Protocol Of Zion???


Persoalannya, ini adalah dirancang ataupun kebetulan?

Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa Sukan Olimpik 2012 ini adalah penghinaan terhadap masyarakat Islam. Sekiranya mereka mahu menghormati Islam, pastinya sukan ini tidak dibuat pada bulan Ramadhan iaitu bulan di mana masyarakat Islam berpuasa. Apabila berpuasa, sukan-sukan yang memerlukan tenaga yang kuat pastinya tidak dapat diberikan tenaga 100% oleh mereka yang berpuasa dan bermakna mereka akan ketinggalan lalu menanggung kekalahan.

Kemudiannya bagi kita yang beragama Islam yang menonton ini pun terpalit sama dosa-dosa dengan melihat aurat atlit-atlit wanita yang terdedah di situ, terdedah di sini. Sudahlah berdosa melihat aurat wanita, pahala berpuasa juga akan berkurangan.

Begitu juga perihalnya semasa pembukaan rasmi Sukan Olimpik London 2012, ada yang berpendapat bahawa ianya ada unsur-unsur penghinaan terhadap Nabi Allah Musa. Jika hendak mengetahui lanjut, bolehlah layari sesawang ini --> KLIK

Apa yang ditulis ini hanyalah penilaian ringkas dari saya apabila terbaca beberapa maklumat dari beberapa blog dan facebook berkenaan Sukan Olimpik London ini. Terpulanglah sama ada anda mahu bersetuju atau sebaliknya. Namun, dalam pendapat peribadi saya, adalah tidak mustahil unsur-unsur Zion dan Illuminati turut terbabit dalam penganjuran Sukan Olimpik ini.

Oleh yang demikian, kita sebagai orang yang boleh mempunyai akal fikiran, fikirlah yang mana baik dijadikan tauladan dan yang buruknya dijadikan sempadan.

16 comments:

  1. kekadang ia sudah ditakdirkan oleh Tuhan...makin dicemuh dan dihina makin ramai yang memahami agama Islam...tengok je peristiwa WTC...negara barat menuduh agama Islam...akhirnya...warganya ramai yang menganut agama Islam

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum ...

    Hmmm .. Tu yang memang tak ikut sangat pun sukan Olimpik kali ni. Masa dapat tau depa buat bulan puasa tu pun dah rasa cam tak respek jeee kan. Hurrmmm ...

    ReplyDelete
  3. saya tengok2 macam tu je. tapi saya suka acara dekat pool. renang, renang berirama dengan lompat2 atas platform tu. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. MESTI SUKA TENGOK YANG LELAKI PUNYA NI..

      Delete
  4. kite pun tak ngk langsung pasal Olimpik kali ni.cuma banyak baca paper saja.Mmg tak patutla dibuat time ramadhan..dan maskot die tu..bukannye comel pon..*boleh tak..nada mcm nak marah* :P hehehe

    ReplyDelete
  5. geng...sudah aku kirim apa yang kamu minta tu

    ReplyDelete
  6. Ada gak baca pasal olimpik nih. Mcm ada juga betulnya. Apsal lah dorang bulan time bulan posa kan.

    p/s: dah sent email tau.

    ReplyDelete
  7. olimpik game kali ni tgk bila ada pemain Malaysia beraksi jer.. ala.. org2 kafir ni mmg byk agenda tersembunyi diorg terhadap ISlam kan...

    ReplyDelete
  8. QUEEN : BENAR TU.. ASYIK ORANG ISLAM SAHAJA YANG MENJADI MANGSA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya mereka nak tengok keimanan kita...mampu menyaingi mereka

      Delete
    2. ADA PULAK NAK TENGOK KEIMANAN KITA PULAK...

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...