Friday, July 6, 2012

MULAKAN PEMANDUAN DENGAN HATI SUCI MURNI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya akui dalam diri saya sendiri bahawa dalam banyak-banyak hal kita boleh bersabar, tetapi tahap kesabaran kita sentiasa akan lenyap apabila kita memandu kenderaan. Iyalah, semasa memandu kita sering disajikan dengan pelbagai gelagat pemandu yang tidak mematuhi peraturan dan mementingkan diri sendiri.

Akibat daripada kurangnya sabar, maka terjadilah kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan sama ada kemalangan kecil mahupun kemalangan yang menyebabkan kehilangan nyawa.

Sebenarnya kita mampu... Ya, kita mampu mengubahnya dengan diri kita sendiri. Sebelum kita memulakan pemanduan adalah elok kita mulakan dengan membaca doa menaiki kenderaan, membaca bismillah dan sebagainya. Kemudian, berniatlah dalam hati bahawa kita akan menjadi pemandu yang berhemah. Sucikan hati kita sesuci-sucinya. Kita niatlah agar pemanduan kita selamat. Elakkan melakukan kesalahan lalulintas.

Semasa memandu jangan ada niat mahu cabar mencabar antara satu sama lain. Tidak kiralah pemandu lain salah ke, janji kita tidak mencabarnya. Sekiranya ada kenderaan yang "mencucuk-cucuk" dari belakang, berilah dia laluan. Sekiranya ada kenderaan dipersimpangan mahu memasuki jalan hadapan kita, berilah laluan. Tidak mengapalah... 

Yang penting adalah kita dan pengguna jalan raya yang lain selamat. 

Lihat juga entri-entri saya perihal keselamatan jalan raya :




11 comments:

  1. yela tambah2 skrg ni dah byk kes samseng jalanraya kan.. mmg takut sgt.. kalau ada yg cucuk2 tu mmg bior jela dia jln dulu.. kalau x bg jln silap aribulan kita kena balik..

    ReplyDelete
  2. Iyerlah...memang menguji kesabaran bila memandu nih.

    ReplyDelete
  3. bila beri laluan ..kenderaan belakang hon kita bertalu2 plk..kita naik hangin dgn sikap mcm tu, balas hon balik...dah hilang nilai sikit kemuliaan tadi...huhu.

    ReplyDelete
  4. paling geram dgn pemandu yg nak laju2 ni, dok cucuk2 pastu x puas hati beam lagi. kene la ada timbang rasa sket. bukan dia sorang bawak kete. bukan dia sorang nak cepat. kalau dia xde fikir tentang keselamatan diri sdri, fikir kat pemandu lain. jangan menyusahkan pengguna lain
    wah marah plak. hehe

    ReplyDelete
  5. betul tu.. bila memandu , susah betul nak sabar dengan kerenah2 orang ni.. nak kena belajar lebih sabar lepas ni..

    ReplyDelete
  6. dni kadang tak suka orang himpit2 blakang kete huhu

    ReplyDelete
  7. FARA

    FIZA

    PCL

    LYA

    BONI

    ARDINI

    TERIMA KASIH KERANA SUDI MENINGGALKAN PANDANGAN / KOMEN... :)

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum ...

    Btul tuh. Kalau dalam banyak2 hal kita boleh bersabar, bila tangan pegang stereng je, mesti tahap kesabaran tu akan automatik jadi kurang. Hmmm .. Apa yg boleh dibuat, istighfar je laaa ^^

    ReplyDelete
  9. ADIALUZE : WAALAIKUMUSALAM... A'AH.. BANYAK-BANYAKKAN BERSABAR.. KALAU KITA MARAH-MARAHPUN TIDAK GUNA JUGA..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.