Tuesday, June 5, 2012

ZA'BA PEMIKIR ULUNG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pagi tadi (5 Jun 2012) saya telah menghadiri satu majlis iaitu Kolokium Za'ba Pemikir Ulung di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan. Saya bertolak sendirian kerana kenderaan jabatan sudah ditempah awal oleh pegawai lain. Seawal pukul 6.45 pagi saya sudah bertolak dan alhamdulillah, sampai pun awal juga. Tidak tergesa-gesa.




Siapa yang tidak mengenali Za'ba. Pemikir ulung negara dan juga digelar pendeta. Nama sebenar beliau ialah Zainal Abidin bin Ahmad dan berasal dari Negeri Sembilan. Sekiranya mahu mengetahui lebih lanjut tentang Za'ba, boleh layari ---> KLIK

Di sini saya hanya mahu berkongsi tentang beberapa kata-kata Za'ba yang terdapat di dalam buku-buku tulisan beliau. Apabila dibaca, sememangnya Za'ba ini seorang yang pemikirannya melampaui zaman. Beliau seolah tahu apa akan berlaku pada masa akan datang sekiranya kita tidak melakukan ini, ini dan ini. Dan terbukti, apa yang beliau pernah katakan dahulu, sememangnya berlaku pada zaman ini.

Marilah sama-sama kita hayati setiap patah kata yang ditulis oleh Za'ba :

1. "Orang-orang kita (kaya-kaya, besar-besar, bijak-bijak) duduk bersenang-senang diri masing-masing dalam bilik mahligai mereka dengan rasa penuh nikmat sentosa dan cukup puas hati pula, datang rasa hatinya dan sampai hatinya memandang anak-anak bangsa bergelumang dengan kehinaan dan kejatuhan kepada saf-saf yang jauh di belakang kaum penumpang negeri."

2. "Mengapa Barat  maju dan jaya? Bukankah kita sama manusia? Tidakkah kita berdaya upaya? Atau tidakkah hemah kita?

3. "Perkataan "miskin" atau kemiskinan seperti yang diperkatakan bagi mereka itu bukanlah semata-mata dimaksudkan bermakna "tiada berharta atau tiada kaya" sahaja, melainkan adalah iaitu bermakna beberapa banyak dan beberapa ganda terlebih dahsyat daripada itu. Kemiskinan orang-orang Melayu itu meliputi serba-serbinya dan mengelilingi mereka pada segala pihaknya"

4. "Bekerja bersama-sama jika mereka berhajat hendak mengangkat diri mereka ke tempat yang lebih tinggi daripada kerendahannya dan kenyataannya (kebangsatannya) yang menyelubungi mereka sekarang ini"

5. "Sesungguhnya tiada boleh hidup dan berdiri kebesaran satu bangsa jika tiada perniagaan dan perusahaannya dijalankan oleh orang-orang bangsa itu sendiri"

6. "Jangan mabuk arak. Jangan kerja terlalu lama. Rajin dan tekun. Sentiasa tenang walaupun rumahmu terbakar"

Demikianlah beberapa kata dari Za'ba yang boleh kita ambil pemahaman dan ikhtibar. Dan sekali lagi saya juga ingin berkongsi :

FALSAFAH HIDUP PENDETA ZA'BA

Berdiri di atas kaki sendiri
"Usaha Membawa Kejayaan"

SIFAT DAN PENDIRIAN PENDETA ZA'BA

Beliau benci pada orang yang malas, orang yang tidak tahu berusaha berdiri di atas kaki sendiri. Orang yang cakap besar. Orang yang suka menyalahkan orang lain, tanpa mahu mengakui kesalahan sendiri dan yang paling dibencinya ialah orang yang mungkir janji.

12 comments:

  1. rasanya disekolah dulu dalam matapelajaran sejarah ada menceritakan serba sedikit tentang tuan za'ba ni...form berapa tak ingat

    aku suka gya penulisan dia..beza kan cara bahasa yang disampaikan waktu dulu dengan sekarang..

    ReplyDelete
  2. Bila teringat Za'ba, terus ingat zaman knk2 drjah 5 dulu..cikgu suruh hafal fakta ttg Pendeta tersebut dgn standby kayu pembaris panjang ditangannya..huhu ngeri betullah masa tu..mau tak kenal Za'ba nih..

    ReplyDelete
  3. Siapa yg tak kenal Za'ba? Babab die!

    ReplyDelete
  4. dulu masa skolah, saya adalah rumah suka za'ba. hehe

    ReplyDelete
  5. AMRY : DIA GUNA BAHASA LAMA TU.. BAHASA DIA MAKAN DALAM..

    ReplyDelete
  6. PCL : PERGHH.. SAYA PULAK DULU KALAU TAK HAFAL DOA QUNUT, KENA MERANGKAK SATU BLOG SEKOLAH.. MALU BETUL MASA TU..

    ReplyDelete
  7. FARA : KENA BACA MULAI SEKARANG BAGI SESIAPA YANG TIDAK MENGENALI ZA'BA..

    ReplyDelete
  8. LYA : SAYA RUMAH MERAH, BIRU, HIJAU, MACAM2 WARNA ADA.. :)

    ReplyDelete
  9. wah! teringat zaman sekolah!

    ReplyDelete
  10. IARYYLR : YE LA TU.. KITA INGAT ZAMAN SEKOLAH.. SEKARANG DAH TAK INGAT..

    ReplyDelete
  11. ZABA ADALAH PEJUANG BAHASA..HEHERHE

    ReplyDelete
  12. MAN : YE.. BAHASANYA PUN MEMANG SEDAP DIBACA WALAUPUN KADANGKALA SUKAR UNTUK DIFAHAMI..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...