Sunday, June 17, 2012

SUMPAH! TIADA NIAT UNTUK MEMBUANG ANAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam dua minggu yang lepas, taman tempat tinggal saya ini telah menerima tong sampah yang baru yang disumbangkan oleh syarikat Southen Waste Management. Sebenarnya, bukan untuk taman perumahan tempat saya tinggal sahaja, tetapi semua taman perumahan di Melaka menerimanya.

Tong sampah yang baru ini lebih besar dan beroda berbanding tong sampah berwarna hitam yang biasa digunakan di mana-mana taman perumahan. Semasa menerima tong sampah tersebut, ada juga borang yang perlu diisi dan terdapat syarat-syarat tertentu seperti perlu menggunakan tong sampah tersebut dan bukan lagi tong sampah yang lama, kena denda sekiranya tong sampah tersebut rosak atau hilang dan sebagainya. Namun, sehingga kini saya masih belum menggunakannya.

Apabila tong sampah tersebut masih belum digunakan dan diletakkan di dalam pagar rumah, jadi ianya telah menjadi bahan mainan si Muhammad Fahim. Seperti yang saya  sebutkan di tajuk entri ini, bukan niat saya untuk membuang anak tetapi dia yang pandai-pandai nak main dalam tong sampah. Aduhai anak....

Errmmmm Cak!!

Apa tengok-tengok??

Hai.. Nama saya Muhammad Fahim
(Ps : Perangai Muhammad Fahim semakin menjadi-jadi sejak nak dapat adik baru)

20 comments:

  1. Sib baik bersih lagi tong tu, kalau dah ada tuttttt..mau menengking si mak fahim ni. haha

    ReplyDelete
  2. nanti da dapat adik baru takde la main dlm tong sampah. dok belek adik je nanti

    ReplyDelete
  3. AMRY : MAK DIA DAH TAKLEH NAK KATA APA DAH..

    ReplyDelete
  4. LYA : YE AGAKNYA.. NI PUN DAH BERAPA KALI DIA CAKAP "MA, BILA ADIK NAK KELUAR..."

    ReplyDelete
  5. bukan bapak dia nak masuk ke sebenarnya... hehe

    ReplyDelete
  6. EDILELLY : DIA YANG SURUH SAYA MASUKKAN.. HAHAHA...

    ReplyDelete
  7. hehe..biasa laa.. nampak benda baru kan.. kasi main dalam tu dulu laa.. nnt xdapat dah..dah busuk..

    dah dpt adik... asyik menghadap muka adik je laa nanti kan...

    ReplyDelete
  8. biasalah budak2 kalau nk dpt adik mmg kuat ragamnya. seronok dia main dlm tong sampah yer. besar plak tu seb baik blm digunakan lg.

    ReplyDelete
  9. cam sama je dengan anak no 2 ku nie geng...hahaha....

    ReplyDelete
  10. Siannya budak nih, anak sapa lah nih...ekekeke...

    ReplyDelete
  11. CMA : TU LA, SEKARANG APA YANG DIA NAK, MESTI NAK DAPAT... KALAU TAK MERENGGEK2..

    ReplyDelete
  12. QUEEN : TU LA PASAL.. SEBAB TAK GUNAKAN LAGI LE SAYA BERI DIA MAIN.. KALAU TAK, TAK DAPATNYE DER..

    ReplyDelete
  13. KANCIL : SAMA ERK.. OKAYLAH TU, BOLEH GENG,,

    ReplyDelete
  14. gambar yang menarik! tong pun menarik!

    ReplyDelete
  15. IARYYLR : TAPI SAYA TAK KUMPUL TONG SAMPAH TAU.. :)

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum ...

    Hehehehe .. Biasala tu bbdak. Tp hari tu sy g Melaka, sy sgt2 kagum dgn kerajinan org2 Melaka menghias halaman rumah mereka spy kelihatan cantik dan bersih. Keep it up ok !! ^^

    ReplyDelete
  17. ADIALUZE : WAALAIKUMUSALAM.. ORANG MELAKA MEMANG BERLAWAN-LAWAN MENGHIAS RUMAH.. :)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.