Thursday, June 14, 2012

OH MELAYU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertamanya, saya ingin menyatakan bahawa penulisan saya ini bukanlah kerana ada sifat perkauman dalam diri saya. Sejak di bangku sekolah lagi saya sukakan pergaulan antara kaum. saya mempunyai kawan berbangsa Cina dan juga India. Berkawan memang rapat, sehingga boleh berbual dan ketawa terbahak-bahak.

Namun kini, masa terus bergerak ke hadapan, zaman bertukar zaman dan dilihat sifat perkauman di Malaysia dilihat kian  menebal. Masing-masing sudah tidak menghormati bangsa masing-masing. Keadaan ini dilihat disebabkan oleh satu aspek iaitu politik.

Sebenarnya. tidak salah berpolitik. Berpolitiklah secara berhemah. Masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri, cubalah ketengahkan kelebihan sendiri berbanding sering memburuk dan menjatuhkan pihak lawan. Bukankah mengaibkan dan memburukkan orang lain itu satu perbuatan yang tidak bermoral. Perumpaan berkenaan berpolitik secara berhemah bolehlah membaca lebih lanjut di entri ini --- > Klik.

Yang menyebabkan saya lebih terasa untuk menulis entri ini ialah berkenaan penghinaan terhadap orang Melayu terhadap kaum lain yang menetap di Malaysia ini. Saya tidak kisah sekiranya mereka menegur dengan nada yang baik, namun saya lihat ia merupakan nada-nada penghinaan, nada-nada mencabar kewibawaan dan nada-nada mengutuk terhadap Melayu dan keistimewaan orang-orang Melayu.

Ye.. Memang dari dahulu sehingga sekarang bangsa Melayu agak lemah. Sebab itulah Melayu perlu dijaga dan terus dijaga. Memang sudah termaktub di dalam perlembagaan tentang hak dan keistimewaan orang-orang Melayu, justeru adalah lebih elok sekiranya perkara seperti ini tidak dibincangkan oleh kaum-kaum lain.

Sekiranya nenek moyang bangsa Cina dan India menerima seadanya segala syarat yang ditetapkan untuk menduduki Tanah Melayu, tetapi mengapa kini mereka seperti ingin menjadi hero di dalam negara ini? Tidak pernah Melayu mahu menyekat kamu, kamu bebas mencari kekayaan, bebas untuk mengecap semua apa yang ada dan yang kamu mampu, namun kamu tetap mahu lebih dan lebih sehingga kepala Melayu hendak dipijak. Orang-orang yang kaya raya di Malaysia juga dari kalangan kamu, adakah itu dikatakan kita menyekat kamu mengejar kekayaan?

Huh, bukan sahaja Melayu mudah lupa, mereka pun mudah lupa juga. Kononnya kini semuanya sudah pandai, pandai itu, pandai ini, pandai serba serbi namun malangnya sejarah yang membabitkan bangsa kamu masih belum kamu khatam.

Maaf andai penulisan ini menyinggung perasaan mana-mana kaum. Bukan niat mengajar, cuma marilah kita muhasabah diri masing-masing. Betul ke, salah ke segala pertuturan dan tingkah laku kita sehingga menyakitkan hati dan perasaan orang / kaum lain.

Tidakkah kita suka duduk di Malaysia pelbagai kaum dengan suasana aman, damai dan tenteram?

(Tolong baca dengan hati yang tulus, suci dan murni)

6 comments:

  1. bukan sahaja yang lama nak jadi hero, tetapi yang yang baru dapat ic, yang masih tak boleh berbahasa melayu pun nak jadi super hero keh keh keh.iaryylr pun berjiran dengan ramai bukan melayu, kena banyak bersabar dengan karenah yang tak masuk akal, adakalanya iaryylr terpaksa menjerit baru ada perubahan dan sedikit keselesaan, sekarang pun rasa makin semakin banyak benda ghaib lepak lepak kat kawasan ini,ganggu orang letih dan tidur, kena pula pembakaran terbuka, 2 hari ini suhu malam ke pagi begitu panas kerana malam sampai pagi bau asap macam orang bakar tanah kebun campur lagi berbagai jenis seperti asap upacara sembah konflik, asap rokok, asap lori, motor, bas, kereta di depan rumah dan juga asap dari kilang serta asap pembakaran terbuka berbahaya dari kedai besi buruk yang berleluasa menggila... arghhh! rasa nak tinggal kat hutan sahaja, tapi kat hutan yang ada bekalan letrik dan talian internet keh keh keh!

    ReplyDelete
  2. benar.. maka org melayu kena bersatu padu utk mengelakkan mereka-mereka yg lupa diri utk kuasai tanah melayu. :)

    ReplyDelete
  3. IARYYLR : TERIMA KASIH KERANA TINGGALKAN KOMEN YANG PANJANG LEBAR..

    ReplyDelete
  4. QUEEN : BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH..

    ReplyDelete
  5. impian sudah terlaksana http://mohdnaimazran2263.says.com/recommendations/nestle-video-4

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...